DEMAK Tembusi Pasaran Kemboja
Selepas menempa kejayaan di pasaran Sri Lanka, Indonesia dan Filipina, pemasang dan pengeluar motosikal Demak, DNC Asiatic Holdings Sdn Bhd kini melebarkan sayapnya dengan memeterai perjanjian persefahaman bersama Asian Comfort Investment Co. Ltd dengan tujuan untuk mempromosi dan memasarkan motosikal Demak di Kemboja. Hadir menyempurnakan perjanjian ini ialah Pengarah Eksekutif DNC Asiatic, Hu Ying dan Pengarah Luar Negara Asia Comfort Investment Co. Ltd, En. Sukhambith.
Sebelum ini, kumpulan Demak telah pun membina dan memasarkan lebih daripada 30 model motosikal yang merangkumi pelbagai segmen seperti moped, skuter, sport, utiliti, e-bike dan aksesori. Menerusi perjanjian tersebut, sebanyak 25,000 unit motosikal pelbagai jenis akan dipasarkan oleh Asian Comfort Investment Co. Ltd yang berpengkalan di Phnom Penh dengan nilai projek mencecah AS50 juta dolar. RR
Popular