Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 1 Ogos 2024

Yamaha MT-09 2024 Dengan Teknologi Transmisi Automatik Y-AMT

Yamaha Motor melancarkan model jalanan terulung, Yamaha MT-09 serba baru yang dibangunkan dengan transmisi automatik Y-AMT (Yamaha Automated Manual Transmission) untuk pasaran global.

Teknologi Y-AMT ini membolehkan penunggang membuat penukaran gear hanya menggunakan jari atau secara automatik sepenuhnya. Sudah pasti dengan sistem baru ini, pemilik MT-09 baru akan menikmati tunggangan yang lebih lancar dan konsisten.

Terdapat dua jenis pilihan iaitu Automatic Transmission (AT) yang beroperasi seperti sebuah ‘skuter’ manakala tetapan Manual Transmission (MT) pula menawarkan proses pertukaran gear menggunakan suis yang terdapat pada ‘handlebar’.

MT-09 Y-AMT pula hanya menawarkan ‘foot peg’ untuk merehatkan kaki kerana proses tukar gear dilakukan sepenuhnya menerusi butang khas di ‘handlebar’ dan setiap proses itu tidak perlu menggunakan klac.

Dengan tiada tuas penukaran gear seperti model-model sebelum ini, penunggang dapat mengubah posisi dengan lebih selesa ketika melalui laluan berselekoh – memberikan rasa kestabilan yang sangat baik semasa membelok.

Dalam keadaan melahu atau kelajuan rendah, sistem Y-AMT mengawal sistem klac dan operasi kotak gear menjadikan jentera ini lebih mudah dikawal untuk setiap pergerakan khususnya dalam keadaan trafik yang sesak.

Jika memilih untuk menggunakan sistem transmiti AT, MT-09 ini menawarkan dua mod iaitu 'D+' yang memiliki putaran enjin lebih tinggi dan sesuai untuk mereka yang inginkan hantaran tenaga yang agresif dan sporty. Mod 'D' pula menawarkankan hantaran kuasa yang lebih lembut dan memberikan lebih keyakinan untuk dikawal khususnya oleh penunggang baru atau apabila berada di dalam bandar.

MT-09 2024 ini disempurnakan dengan enjin terbaru 890cc, tiga silinder dengan kuasa maksimum 119hp pada 10,000rpm dan tork 93Nm pada 7,000rpm. Antara sistem elektronik yang dimiliki oleh MT-09 ini ialah Yamaha Chip Controlled Throttle (YCC-T), Traction Control (TCS), Slide Control System (SCS), Front Wheel Lift Control System (LIF), Brake Control System (BC) dan Back Slip Regulator (BSR).

MT-09 baru ini hadir ke pasaran dengan tiga pilihan warna iaitu Tech Black, Midnight Cyan dan Icon Blue. Diharapkan model ini akan segera dibawa masuk oleh pihak Hong Leong Yamaha Motor ke pasaran negara dalam jangka masa yang terdekat. RR

Ciri-ciri menarik lain pada MT-09 2024:

  • Sistem Kunci Pintar
  • Panel meter TFT 5-inci
  • Sistem pencahayaan LED
  • Sistem perhubungan & navigasi
  • Rim Yamaha’s SpinForged
  • Tuas brek boleh laras
  • Brek jenis Brembo

Popular

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

Artikel berkaitan

Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Seorang peniaga maut selepas motosikal ditunggang terlibat kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Tengku Mizan, di sini pada Selasa.

Model Baru

EICMA 2024: Nikmati Dunia Pengembaraan Dengan Voge Valico 800DS Rally

Voge menggunakan pentas global iaitu EICMA untuk melancarkan model kembara terbarunya iaitu Valico 800DS. Ia adalah sebuah jentera yang memberi cabaran dalam segmen Kembara/Adventure

EICMA 2024: Skuter Adventure Maksi Pertama Dari KYMCO!

Kymco memperkenalkan skuter pengembaraan maxi pertamanya di EICMA.

Model Baru

EICMA 2024: Moto Morini Perkenalkan Model Ikonik, 3 1/2 Baru

Moto Morini meraikan ulang tahun ke-50 model ikonik yang dikenali sebagai '3 1/2' dengan memperkenalkan di pameran motosikal antarabangsa EICMA.