Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 31 Julai 2024

Honda CRF1100L Africa Twin Adventure Sports 2025

Jentera lasak Honda CRF1100L Africa Twin 2025 baru sahaja diperkenalkan oleh Honda Eropah yang tampil dengan warna serta rekacorak serba baru. Terdapat dua warna pilihan terkini iaitu Matt Iridium Gray Metallic dan Pearl Glare White dengan Pearl Hawkseye Blue Metallic Tricolor.

Model 2025 ini disempurnakan dengan enjin sejukan cecair, 1,084cc OHC kembar parallel yang menjanakan kuasa setinggi 75kW pada 7,500rpm dan tork 112Nm pada 5,500rpm.

Honda ini didatangkan dalam dua pilihan: CRF1100L Aftica Twin standard dengan sistem saspensi Showa dan CRF1100L Aftica Twin ES yang dilengkapkan dengan sistem elektronik terkini, Showa Electronically Equipped Ride Adjustment (Showa EERA). Sistem Showa EERA ini akan meningkatkan keupayaan tahap redaman di semua kondisi perjalanan. CRF1100L Aftica Twin ES juga hadir dengan soket pengecas ACC, pemanas pendikit.

Apa pun, kedua-dua versi ini berkongsikan kerangka keluli bertegaran tinggi, lengan ayun aluminium dari CRF450, kelegaan tanah yang sesuai dan tayar tanpa tiub.

Antara sistem elektronik yang dipadankan untuk sebuah jentera kembara seperti Africa Twin ini adalah Honda Selectable Torque Control (HSTC), Mod Tunggangan (Urban, Tour, Gravel dan Off-Road), Cornering ABS, Wheelie Control, DCT Cornering Detection, Cruise Control, Rear Lift Control, panel meter TFT (touch screen, 6.5-inci) dan sistem sambungan Bluetooth.

Untuk model 2025, Honda turut mengemaskini ekzos penyenyap dengan mengecilkan diameter paip bahagian bawah, struktur dalaman baru (tingkatkan prestasi enjin) dan cermin pengadang angin boleh laras. RR

Popular

  • Model Baru

    Rieju Xplora 557 dan 707, Model 'Crossover' Baru dari Sepanyol.

  • Dari Litar

    WorldSBK: Yamaha Pertingkatkan Prestasi Jentera, Jonathan Rea Dapat Ketua Krew Baru!

  • Warta Roda

    Lelaki Lemas, Motosikal Dihanyut Banjir

  • Model Baru

    Suzuki Malaysia Perkenalkan GSX-8R Baru. Harga asas RM53,800

  • Model Baru

    BENDA NAPOLEON BOB 500 - Sudah Berada di Pasaran, Harga Bermula RM27,888

Artikel berkaitan

Lelaki Lemas, Motosikal Dihanyut Banjir

Penunggang Motosikal Nyaris Dihanyut Banjir

Penunggang Maut Motosikal Terbabas Di Kuantan

Ai Ogura, Pemenang TRIUMPH TRIPLE TROPHY 2024

Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Rieju Xplora 557 dan 707, Model 'Crossover' Baru dari Sepanyol.

Terbaru, Reiju memperkenalkan dua model kembara 'crossover' iaitu Xplora 557 dan Explora 707 yang sebahagian besarnya diilhamkan dari projek MV Agusta LXP Orioli.

Warta Roda

Ai Ogura, Pemenang TRIUMPH TRIPLE TROPHY 2024

Triumph Triple Trophy 2024 telah dianugerahkan kepada pelumba Jepun, Ai Ogura selepas mempamerkan persembahan hebat dan paling menonjol dalam perlumbaan Moto2 tahun ini.

Dari Litar

Akid Pertahankan Kejuaraan CP150

Tahniah buat Akid Aziz pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha - CKJ Racing meraikan gelaran juara keseluruhan CP150 dengan lebih awal.

Warta Roda

Kemeriahan Konvoi PETRONAS Sprinta ke MotoGP Sepang 2024

PETRONAS Lubricant Marketing Malaysia Sdn Bhd (PLMM)bekerjasama dengan Dania Garage dala menganjurkan konvoi 'PETRONAS Sprinta ke MotoGP Sepang 2024'.