WMOTO ES250i Special Edition Hadir Ke Pasaran
Mforce Bike Holdings Sdn Bhd memperkenalkan WMOTO ES250i Special Edition (N1) dengan penampilan lebih menarik. WMOTO ES250i Edisi Terhad (LE) ini jauh lebih menarik dengan pilihan warna terkini iaitu Hitam dan Putih yang pastinya menarik minat para penunggang motosikal di Malaysia.
Dengan tagline Maximum Sensation, skuter ini mempunyai rekabentuk cukup elegan dan perincian yang teliti. WMOTO ES250i menggunakan sistem kunci pintar di mana ciri Kunci Penggera (Alarm Key Findings) juga tersedia pada teknologi ini. Ia berfungsi untuk pemilik mengetahui lokasi skuter mereka terutama ketika pemilik berada di kawasan parkir. Dengan menekan butang pada kekunci, lampu skuter ini akan berkelip selama beberapa saat dan boleh dilihat dari jauh.
ES250i turut dilengkapkan dengan brek-brek cakera 240mm beserta sistem ABS di depan dan belakang bagi meningkatkan tahap keselamatan penunggang ketika melakukan brek kecemasan.
Skuter ini disempurnakan dengan enjin 244.3cc Euro 4, 4-lejang, silinder tunggal, sistem penyejuk cecair yang berkuasa 15.6kW pada 8,500rpm dan tork 21Nm pada 6,500rpm.
WMOTO ES250i Special Edition (N1) ditawarkan pada harga asas RM14,508 (tidak termasuk pendaftaran & cukai jalan) dan dengan setiap pembelian jentera ini, pemilik akan menikmati waranti kilang selama 2 tahun, tanpa had perbatuan. RR
Popular