Ruang Pameran Lambretta Gamit Ramai Peminat
Jenama lagenda, Lambretta akhirnya muncul di khalayak ramai di acara Art of Speed dengan menampilkan ruang pameran yang anggun dan tersusun rapi. Sebagai ikon yang menggabungkan keanggunan klasik Itali dengan tema moden-retro yang bergaya, sudah tentu kehadirannya menarik minat para pengunjung yang hadir.
Tumpuan orang ramai tentulah kepada dua model terbaru yang kini berada di pasaran negara iaitu X250 dan G350. Para pengunjung berpeluang melihat model-model ini dengan lebih dekat. Antara tarikan utama kedua-dua model ini sudah tentulah pada rekaan keseluruhannya yang anggun dan tidak dinafikan, jentera Lambretta ini memiliki aura tersendiri.
Setiap sudut memiliki keunikannya dan tahap kemasan akhir yang berkualiti tinggi. Saiz ruang barang, sistem pencahayaan, sistem kunci pintar termasuklah ruang-ruang kemasukan udara direka dengan kemas dan berfungsi cukup baik untuk meningkatkan prestasi enjin.
Menurut pihak Lambretta, X250 paling popular dan mendapat permintaan yang tinggi. Ia juga digelar Neo Mod disebabkan rekaannya lebih sporty, sesuai dengan pemilik lesen B2 dan harganya juga cukup berpatutan iaitu RM22,800.
Model retro, G350 juga tidak kurang popularnya. Ramai yang meminati model ini kerana gabungan menarik beberapa jenis warna berbeza (pelana dan coverset), 2 soket USB dan panel meter TFT dan sudah semestinya saiz tangki (9.5 liter) yang lebih besar berbanding X250. Harga untuk model ini ialah RM29,800.
Turut dipamerkan ialah dua buah Lambretta yang diubahsuai. Salah satu daripadanya ialah model X300 Airbrush milik En. Pramarn Wae Useng atau Abe Ju Golok dari Thailand. RR
Popular