Keputusan Pelaksanaan Lesen B2 ke B Secara Automatik Akan Diumumkan Tidak Lama Lagi
KLANG - Kerajaan akan mengumumkan pelaksanaan naik taraf lesen B2 kepada B penuh secara automatik tidak lama lagi.
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, kerajaan sudah mendapatkan keputusan tentang cadangan tersebut dan akan diumumkan tidak lama lagi.
Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan penariktarafan lesen motosikal kelas B2 kepada B penuh secara automatik akan dibawa kepada bahagian Kementerian Pengangkutan Jalan untuk diteliti dengan lebih lanjut
Katanya, cadangan naiktaraf tersebut tidak ada masalah kerana kebanyakkan penunggang motosikal yang mempunyai lesen B2 sudah mempunyai pengalaman menunggang motosikal.
Isu berkenaan naiktaraf tersebut telah mendapat perhatian ramai terutama buat penunggang motosikal di mana ada yang setuju dan ada yang tidak bersetuju atas fakto-faktor yang tertentu. RR
Sumber berita: http://kosmo.com.my