Warna Baru Honda Rebel 500 Lebih Padu
Boon Siew Honda mengumumkan kehadiran dua warna terbaru untuk model Rebel iaitu Mat Laurel Green Metallic dan Seal Silver Metallic bagi menambah warna sedia iaitu Mat Gunpowder Black Metallic.
Honda Rebel atau CMX500 merupakan sebuah jentera cruiser baru tetapi pada masa yang sama, memiliki legasi rekacipta serta idea model-model retro. Ia disempurnakan dengan enjin 471cc, sistem penyejuk cecair dan silinder berkembar yang berkuasa setinggi 34kW pada 8,500rpm dan tork 43 Nm at 6,500rpm.
Dengan adanya Programmed Fuel Injection (PGM-FI), jentera ini menawarkan kelancaran pecutan, merendahkan pengeluaran emisi dan penggunaan bahan api yang jimat. Posisi menunggangnya yang selesa berserta tangki bahan api sebesar 11.2 liter membolehkan pemilik jentera ini menikmati perjalanan di kawasan urban dan jarak jauh.
Honda ini boleh menjadi milik anda dengan pembelian harga asas RM33,899 (tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran). RR
Antara ciri-ciri menarik:
- sistem pencahayaan jenis LED
- sistem ABS dua saluran
- panel meter LCD yang terang dan jelas
- kerangka bertegaran tinggi
Popular