Suzuki Bangunkan Sistem Kamera Belakang Motosikal

Menurut laman web Motorcycle Sport & Cycle World, pengeluar motosikal Suzuki kini sedang membangunkan teknologi kamera belakang untuk motosikal bagi membolehkan para penunggang melihat dengan lebih jelas di sebalik 'Titik Buta.
Ini kerana masalah yang dihadapi oleh penunggang motosikal menerusi cermin sisi yang ia tidak dapat memberi pandangan selamat dari semua sudut yang mungkin. Maka, jawapan untuk masalah itu dengan adanya bantuan kamera belakang.


Sistem yang sedang dibangunkan oleh Suzuki hanya menggunakan kamera 'Wide Angle' yang dipasang pada bahagian belakang. Akan ada ruang/paten khas yang direka menunjukkan imej apa yang berlaku (di belakang) pada skrin TFT – bergantung pada apa yang sedang penunggang lakukan. Pemilihan sudut imej ini boleh dilakukan secara automatik atau manual melalui suis yang terletak pada bar hendal.
Teknologi ini akan menangani isu 'Objek Lebih Dekat Daripada Yang Dipaparkan' yang selalunya menjadi penyebab seseorang penunggang itu membuat kesilapan sama ada untuk menukar laluan, membelok atau memintas kenderaan lain. Imej pada skrin boleh di'zoom' masuk secara berperingkat untuk memberikan penunggang pemahaman dan melihat dengan lebih jelas.

Dengan kamera video dan skrin TFT berwarna semakin meluas digunakan untuk kereta, tidak hairanlah ia kini mula difikirkan dan muncul pada motosikal. Tidak dinafikan, sudah ada banyak motosikal (terutamanya jentera elektrik dan bersaiz besar) yang dilengkapkan dengan kamera belakang cuma apa yang perlu ialah meningkatkan lagi fungsinya demi keselamatan penunggang. RR
sumber: https://motorcyclesports.net
Popular