Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 21 Julai 2024

Boon Siew Honda Perkenalkan Warna Baru Untuk Vario 160

Boon Siew Honda telah memperkenalkan dua warna terbaru untuk model Vario 160 iaitu Green dan Mat Blue.

Vario 160 merupakan jentera automatik yang cukup popular di kalangan para peminat jentera dua roda di negara kita. Ia disempurnakan dengan enjin 157cc yang berkuasa 11.3kW pada 8,500 rpm dan tork 13.8 Nm pada 7,000 rpm yang menjanjikan perjalanan cukup lancar di mana sahaja.

Tayar hadapan model ini dilengkapkan dengan Anti-lock Braking System (ABS) untuk tujuan keselamatan. Antara yang menarik ialah Honda Smart Key System, lampu-lampu LED yang memberikan pencahayaan terang dan tajam.

Posisi menunggangnya yang selesa membolehkan skuter Honda ini digunakan di kawasan urban serta untuk perjalanan jauh. Honda Vario 160 berwarna baru ini ditawarkan pada harga asas RM10,498. 

Pihak BSH turut menyediakan perkhidmatan waranti kilang yang sah untuk 20,000km perjalanan atau 2 tahun (yang mana terdahulu). RR 

Isu Pada

September 2024

Popular

  • Warta Roda

    MPV rempuh 5 kenderaan, 1 penunggang motosikal maut.

  • Dari Litar

    Yamaha Lancarkan 2 pasukan MotoGP, 1 pasukan Moto2 Di Malaysia

  • Warta Roda

    Selisih faham punca kejadian tular Hilux, Vios langgar lari

  • Warta Roda

    Bengkel motosikal terbakar, sekurang-kurangnya 24 buah motosikal hangus dijilat api

  • Dari Litar

    Pasukan Pertamina Enduro VR46 Racing Bakal Guna Ducati GP25

Artikel berkaitan

MPV rempuh 5 kenderaan, 1 penunggang motosikal maut.

Selisih faham punca kejadian tular Hilux, Vios langgar lari

Bengkel motosikal terbakar, sekurang-kurangnya 24 buah motosikal hangus dijilat api

Menangi Hadiah Cabutan Bertuah Menarik Dari Yamaha Dengan GENBLU Rewards!

Jenazah Suami Isteri Maut Di Thailand Selamat Dikebumikan

SUZUKI Malaysia Anjurkan Kempen Advokasi Keselamatan Jalan Raya & OP Selamat

Akibat marah dibuli, lelaki bakar 9 buah rumah dan 18 motosikal

Jentera 'Backhoe' Tukar Haluan, Pembonceng Motosikal Maut

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Honda NX500: Lebih Padu... Lebih Syok...

Honda NX500 hadir ke pasaran negara pada harga asas RM37,099 dengan tiga warna menarik iaitu Pearl Horizon White, Grand Prix Red dan Mat Gun Powder Black Metallic.

Model Baru

AVETA lancarkan skuter 'Adventure' terbaru, Vanguard 250 (Standard & SE)

Aveta Global Marketing Sdn Bhd hari ini telah memperkenalkan skuter 'Adventure' terbaru iaitu Vanguard 250 yang hadir Aveta dalam dua varian iaitu Standard (SE) dan Special Edition (SE).

Warta Roda

Kemalangan Tiga Kenderaan: Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Maut

ISKANDAR PUTERI – Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut dalam nahas melibatkan tiga kenderaan di Lebuhraya Linkedua, Arah Selatan pada Ahad.

Dari Litar

VOGE Bekerjasama Dengan AS25 Racing Team Untuk Bersaing Dalam CubPrix & ARRC

VOGE Malaysia telah mengumumkan kerjasama mereka dengan pasukan yang diketuai oleh pelumba lagenda negara, Azlan Shah Kamaruzaman iaitu AS25 Racing Team.