Penunggang Motosikal Maut Atas Kecuaian Orang Lain

KUALA SELANGOR – Seorang penunggang motosikal maut selepas bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Sasaran, Kampung Bukit Kuching Sabtu pagi.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintenden Mohd Ambia Nordin, kemalangan berpunca daripada sebuah kenderaan jenis Produa Axia yang dalam perjalanan ke Kuala Selangor sedang memotong kenderaan lain di hadapannya.
Kereta tersebut kemudian telah bertembung dengan sebuah motosikal Yamaha 135LC yang ditunggang oleh seorang remaja berumur 17 tahun. Mangsa mengalami kecederaan parah selepas tercampak ke sebelah kiri jalan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tanjung Karang untuk dibedah siasat. Kes disiasat bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. RR
Sumber berita: http://sinarharian.com.my
Popular