Global: CFMOTO Perkenalkan Model Sport Baru, 675SR-R
Bersempena dengan acara CFMOTO Day yang diadakan di China awal minggu lalu, pengeluar motosikal global ini dengan rasminya melancarkan 675SR-R, sebuah jentera sport pertama dari CFMOTO yang disempurnakan dengan enjin tiga silinder.
Enjin pertama tiga silinder yang dipasangkan pada 675SR-R ini mampu menghasilkan hantaran kuasa setinggi 95hp pada 11,000rpm dan tork maksimum 67Nm. Rekabentuk luaran CFMOTO ini memang betul-betul padu, dapat dilihat dengan jelas dari bahagian hadapan hingga ke hujung belakang.
Lampu depan, lampu belakang dan lampu isyarat jenis LED manakala rekabentuk fairing sisi lebih garang dan kemas dengan adanya 'winglet' serta gabungan sistem ekzos 'pendek' yang memang cantik sekali. Panel meter jenis TFT juga menawarkan paparan yang lebih jelas dan kemas.
Rekaan lampu belakang jenis 'floating' memang nampak moden! Ruang kemasukan angin bukan hanya menjanjikan sistem pengaliran udara yang efisien tetapi juga menyumbang kepada rekabentuk keseluruhan yang cukup garang. 675SR-R didatangkan dengan tayar-tayar bersaiz 120/70 ZR17 (depan) dan 180/56 ZR17 (belakang) yang dipadankan dengan brek-brek padu jenis J.Juan.
RR rasa model ini juga pastinya akan memasuki pasaran negara memandangkan komuniti peminat jentera sport memang sangat besar. Harap semuanya sabar menunggu! RR
Popular