Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 4 Februari 2024

Pelbagai Jenis Hadiah Hebat Dalam Peraduan Imbas & Menang Yamalube

Bermula 1 Oktober 2023 hingga 30 September 2024, para pengguna motosikal berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik yang ditawarkan oleh Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd menerusi Peraduan Imbas & Menang Yamalube.

Peraduan ini terbuka kepada semua warga negara dan penduduk tetap Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas (berdasarkan tarikh lahir yang tertera di Kad Pengenalan). Pelanggan yang membeli mana-mana produk Yamalube (yang mengambil bahagian) semasa tempoh peraduan akan layak untuk menyertainya.

Setiap satu pembelian melayakkan para pelanggan untuk satu penyertaan dan kelayakan ini juga bergantung kepada tarikh pembelian. Contohnya, pembelian bulan Januari 2024 hanya layak untuk cabutan hadian bulan tersebut sahaja. Para pelanggan yang memenangi hadiah bulanan mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk memenangi hadiah utama kerana mata terkumpul dalam tempoh 12 bulan. Lebih banyak belian, anda akan mengumpul lebih banyak mata dan semakin tinggi peluang untuk menang!

Cara untuk sertai peraduan ini cukup mudah. Terdapat 5 langkah-langkah penyertaan iaitu:

  • Muat turun dan aktifkan aplikasi Yamaha Malaysia
  • Imbas Kod yang terpapar di label Produk Terpilih
  • Isi butiran seperti yang diperlukan
  • Jawab soalan dengan betul
  • Muat naik gambar resit / invoice pembelian yang terang dan jelas.

Seramai 40 orang pemenang akan dipilih setiap bulan untuk menerima hadiah-hadiah bernilai RM80. Hadiah utama untuk peraduan ini berupa sebuah Yamaha Y16ZR, Hadiah Kedua Yamaha Ego Avantiz manakala pemenang tempat ketiga membawa pulang sebuah Yamaha EZ115.

Sila layari laman web rasmi: https://www.yamaha-motor.com.my/yamalubescanandwincontest/ untuk maklumat lebih lanjut. RR

Isu Pada

Februari 2024

Popular

  • Warta Roda

    Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

  • Dari Litar

    Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Artikel berkaitan

Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Dua Penunggang Wanita Maut Motosikal Bertembung

Majlis Penyerahan Triumph Tiger Sport 800 Kepada Para Pembeli Terawal

Polis mula siasat kes pukul penunggang motosikal

Seorang maut, tujuh lagi cedera kemalangan motosikal

Zynergys & Helios Bekerjasama Dengan Beberapa Pasukan Yang Bertanding di MCP, ARRC dan MSF

Disyorkan untuk anda
Model Baru

JEDI K333: Direka Untuk Kesesuaian Penunggang Baru & Wanita

Sejak kemunculan sebagai model konsep, pihak syarikat telah menghabiskan lebih daripada 800 hari dengan melakukan penambahbaikan tanpa henti untuk model sport, JEDI K333.

Warta Roda

Seorang maut, tujuh lagi cedera kemalangan motosikal

Sebanyak 10 motosikal dan sebuah treler terbabit dalam kemalangan yang berlaku di Kilometer (KM) 221.5, Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) arah selatan awal pagi Sabtu lalu yang mengakibatkan seorang remaja maut manakala tujuh lagi cedera.

Model Baru

Triumph Tiger Sport 800 Serba Baharu Diperkenalkan

Didi Group selaku pengedar rasmi jenama Triumph di Malaysia telah memperkenalkan Tiger Sport 800 serba baharu.

Dari Litar

Marc Marquez Dominasi GP Thailand, Pamer Tunggangan Cukup Padu!

Perlumbaan pembuka tirai saingan MotoGP 2025 telah berlangsung di Litar Antarabangsa Buriram pada 2hb Mac lalu telah mempertontonkan kita dengan kehebatan bekas juara MotoGP enam-kali, Marc Marquez dari pasukan Ducati Lenovo yang meraih kemenangan penuh bergaya.