Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 1 Februari 2024

Mencari Triumph 'The King' Elvis Presley

Sudah lama dikhabarkan bahawa Elvis Presley adalah peminat motosikal Triumph. Pada tahun 1965 iaitu semasa penggambaran di Selatan California, dia membeli sembilan – Ya! Sembilan buah Triumph yang kemudiannya diberikan sebagai hadiah kepada setiap ahli kumpulannya yang juga tinggal bersama di Tennessee. Mereka sekawan ini juga dikenali sebagai Mafia Memphis. Dengan motosikal yang ada (seorang satu), mereka semua boleh menunggang bersama-sama di sekitar Los Angeles.

Mitos kisah motosikal itu kini menjadi kepastian, dengan penemuan cek asal yang ditandatangani oleh lelaki itu sendiri untuk membuat bayaran. Mengesahkan kisah ini ialah Jerry Shilling yang merupakan salah seorang teman rapat Elvis. Triumph zaman moden yang dimiliki oleh John Bloor sedang cuba mencari motosikal ini, dan bantuan peminat semua amat dihargai.

Elvis Presley merupakan seorang lagenda muzik yang pernah menggegarkan dunia sebagai pencetus dan ikon industri muzik dan perfileman. Elvis merupakan selebriti terlaris dalam sejarah dan turut menjayakan sebanyak 31 filem semasa kerjayanya di Hollywood. Dia juga seorang pencinta motosikal, memiliki siri Harley-Davidson di Memphis, dan menunggang model-model motosikal lain dalam beberapa filemnya, termasuk Triumph 650 Bonneville 'Desert Sled' berwarna Merah dan Perak dalam filem komedi 'Stay Away Joe' 1968.

Tetapi pendedahan Elvis kepada motosikal Triumph sudah 'terjalin' beberapa tahun lebih awal. Lebih tepat pada bulan Jun 1965, di set muzikal Frankie & Johnny di Samuel Goldwyn Studios, Hollywood. Semasa sedang berehat dari penggambaran, Elvis menghabiskan masa bersantai bersama-sama 'Memphis Mafia' di rumahnya di Bel Air. Kawannya Jerry Schilling telah membeli sebuah Triumph T120 650 Bonneville baru dari seorang pengedar motosikal Bill Robertson & Sons.

Dari kedai tersebut yang beroperasi di Santa Monica Boulevard, Jerry menunggangnya sampai ke rumah dan Elvis terus meminta dan melompat ke atas motosikal itu. Dia hilang dan kembali setengah jam kemudian dengan senyuman. Elvis sangat kagum dengan jentera tersebut itu dan memberitahu pengurus pengangkutannya, Alan Fortis, untuk membeli setiap satu untuk kawan-kawannya dan penghantaran kena dibuat pada malam itu juga.

Jerry Schilling mengimbas kembali: "Elvis suka menunggang dan saya tahu bahawa apabila dia melihat Bonneville baru saya, dia ingin mencubanya dan serta merta mahu semua kawan-kawan memilikinya supaya kami boleh menunggang bersama-sama!”

Bill Robertson & Sons berjaya menghantar tujuh unit Triumph pelbagai model pada hari yang sama. Ia terdiri daripada 650 TR6 dan model berprestasi tinggi, 650 T120s. Mereka berlapan (termasuk Jerry Schilling) menunggang bersama mengelilingi Bel Air dan kawasan pinggir bandar mewah di sekelilingnya sehingga lewat petang.

Baki dua buah motosikal tiba dua hari kemudian, dan kesemuanya memanfaatkan sepenuhnya cuti rehat Elvis. Mereka kembara lebih lama bersama-sama di sepanjang Lebuhraya Pantai Pasifik. Motosikal yang dibeli Elvis ialah model 1964 Roadster, 650 TR6 dan 650 Bonneville T120. Bonneville '64 datang dalam warna Emas dan Putih Alaska yang menonjol manakala TR6 dalam warna istimewa 'Hifi Scarlet and Silver Sheen' yang dipadankan dengan jaluran emas, kerangka dan fork berwarna hitam.


Model ini dinamakan sempena pencapaian Triumph untuk mencipta Rekod Kelajuan Darat Dunia 1956 dengan kelajuan mencecah 386.2km/j atau 214.40b/sj yang dilakukan oleh warga Texas, Johnny Allen di Bonneville Salt Flats pada September 1956. Model ini memainkan peranan penting dalam mewujudkan Triumph sebagai peneraju dari segi prestasi, pengendalian dan gaya.
Kesemua sembilan motosikal Triumph milik Elvis Presley telah hilang dalam sejarah tanpa sebarang rekod rasmi kedudukan jentera ini sejak tamatnya musim panas 1965. Triumph Motorcycles telah melancarkan usaha pencarian unit-unit 'hilang' ini menerusi para pencinta dua roda di seluruh dunia untuk membantu membongkar kehilangan jentera bersejarah ini.

Para penyelidik sudah tidak sabar-sabar lagi untuk mendengar dan menerima panggilan dari sesiapa sahaja yang mempunyai petunjuk atau maklumat. Harapannya ialah salah satu daripada unit motosikal yang bersejarah ini akhirnya akan muncul semula dan dapat disimpan di muzium kilang di Hinckley bersama-sama jentera bersejarah keluaran Triumph yang lain.

Jika anda mempunyai sebarang maklumat berkaitan dengan keberadaan motosikal bersejarah ini, sila hubungi Triumph di [email protected].

Pendedahan kisah yang memikat ini telah menambah satu bab baru keunikan legasi Triumph. Untuk meraikan ini berkongsi sejarah antara dua jenama ikonik, Triumph Motorcycles dan Elvis Presley Enterprises mengubahsuai motosikal kustom yang unik untuk tujuan amal berasaskan Triumph T120 2023. Ia menampilkan skema rekabentuk oleh artis yang memenangi anugerah iaitu J. Daar, yang berasal dari Georgia.

Inspirasi adalah daripada motosikal Memphis Mafia 1964, 'Stay Away Joe' Desert Sled 1968 dan gaya ikoniknya Comeback Special. Rekabentuk ini mempunyai huruf blok emas, mewakili nama Elvis ditulis dalam lampu, serta siluet pada latar belakang berwarna merah, bersepadanan dengan reka bentuk set Comeback Special ketika itu.

Model itu telah ditampilkan pada Festival Barber Vintage 2023 di Birmingham, Alabama pada 6 Oktober, bersama-sama model-model Triumph bersejarah yang lain. Ini termasuk Bonneville asal 1964 T120 dalam skema warna emas yang sama seperti beberapa motosikal yang dibeli oleh Elvis. Selain itu, model eksklusif 'Gitar Gibson Les Paul', yang diubahsuai turut dipamerkan. Kedua-dua motosikal dan gitar itu dilelong dengan hasil yang disalurkan ke salah satu badan amal kegemaran Elvis iaitu Perkhidmatan Komuniti, Goodwill Homes di Memphis.

Bercakap di pameran itu, artis rekaan motosikal J.Daar berkata: “Saya berbesar hati untuk terlibat sama memandangkan ia adalah satu penghormatan buat 'The King' dan sudah tentu ini adalah salah satu projek yang paling hebat telah saya usahakan. Motosikal ini adalah sesuatu yang boleh dibanggakan oleh pemilik baru untuk menyimpannya di garaj. Ia bukan sahaja sebuah motosikal yang memiliki rekabentuk unik, kisah cerita yang hebat tetapi ia juga merupakan cara terbaik untuk mengumpul wang dengan tujuan yang begitu dipuji.

Gitar Les Paul, yang disumbangkan oleh Gibson, juga dilukis oleh J.Daar dan akan dilelong. Pilihan gitar diilhamkan oleh satu lagi kenangan Elvis - ketika berlatih untuk Comeback Special 1968. Elvis memainkannya dengan gitar Les Paul, yang kemudiannya dihadiahkan kepada keluarga tukang masak. Rekaan tersebut menggunakan skema merah, perak dan emas yang sama seperti motosikal. Corak grafik Elvis yang menonjol dipaparkan pada bahagian tangki bahan api dan panel sisi, dan kemudiannya menggabungkan gaya 'siluet' The King di sekeliling.

Beth Heidt, Ketua Pegawai Pemasaran untuk Gibson mengulas: "Kami mendapat penghormatan untuk bekerjasama dengan pasukan Elvis meraikan legasinya selama bertahun-tahun. Apabila mendengar bahawa rakan-rakan kami di Graceland dan Triumph bekerjasama menghasilkan motosikal kustom untuk tujuan yang sangat baik, kami ingin menyertainya dengan semangat menghormati kemurahan hati Elvis. Usaha ini serupa dengan apa yang kami lakukan pada gitar model ’59 Legends Collection' ketika menyokong acara 'The 2022 Distinguished Gentlemen's Ride'.

“Kami teruja untuk bekerjasama dengan jenama ikonik seperti Triumph yang membawa tradisi gaya unik Bonneville T120 untuk memberi manfaat buat salah satu badan amal kegemaran Elvis, Perkhidmatan Komuniti, Goodwill Homes di Memphis," kata Dana Carpenter, Naib Presiden Eksekutif Bahagian Hiburan, Authentic Brands Group dan pemilik Elvis Presley Enterprises.

“Dengan kemurahan hati rakan-rakan kami di Gibson yang menyumbang serta memadankan gitar Les Paul kustom untuk tujuan yang sama, mengukuhkan legasi komuniti cemerlang seperti mana yang Elvis Presley pertahankan selama ini.”

Motosikal Bonneville T120 dipadankan dengan gitar Gibson Les Paul telah didermakan kepada Yayasan Amal Elvis Presley untuk menyokong Goodwill Homes, sebuah kemudahan masyarakat di Memphis yang menyediakan khidmat kaunseling dan perlindungan untuk kanak-kanak yang didera serta keluarga mereka. Butiran lanjut mengenai lelongan ini boleh dilihat menerusi laman web: Graceland.co. RR

Mengenai The King

Elvis Presley ialah salah seorang tokoh budaya pop paling berpengaruh pada abad ke-20. Selalunya dirujuk sebagai Raja Rock 'n' Roll. Suara Elvis yang bergema penuh karisma dan keunikan gerakannya di pentas mencetus revolusi budaya yang telah mengubah dunia.

Sepanjang kerjayanya yang luar biasa, Elvis telah dicalonkan untuk 14 Anugerah Grammy (3 kemenangan), menjual lebih 1 bilion rekod di seluruh dunia, menerima Anugerah Pencapaian 'Grammy Lifetime,' dan dinamakan "Salah seorang daripada Sepuluh Pemuda Cemerlang Negara" oleh United States Jaycees, serta penerima Pingat Kebebasan Presiden 2018. Sebagai tambahan, beliau juga memiliki bakat lain. Elvis telah membintangi 33 buah filem dan membuat banyak penampilan di televisyen.

Selepas penampilan pertamanya di peringkat global lebih 60 tahun dulu, legasi Elvis lebih kukuh berbanding sebelum ini. Kehidupan dan muziknya telah mengilhamkan banyak muzikal hit, filem dan siri TV, buku fiksyen dan bukan fiksyen, kulit muzik, dan sokongan komersial, serta program barangan yang mantap merangkumi koleksi dan fesyen kerjasama.

Pada tahun 2022, drama muzikal epik Warner Bros. Pictures iaitu “Elvis” arahan Baz Luhrmann yang dibintangi oleh pelakon terkemuka, Tom Hanks dan Austin Butler dilancarkan ke seluruh dunia. Netflix kemudiannya meminta diadakan siri animasi aksi-komedi “Agent Elvis” yang ditayangkan pada tahun 2023.

Rumah Elvis di Memphis merupakan rumah kedua yang paling kerap dikunjungi di Amerika Syarikat selepas Rumah Putih. Ia menarik lebih daripada 600,000 pengunjung setiap tahun dan puluhan ribu peminat untuk sambutan Minggu Elvisnya. Dengan lebih daripada 17 juta peminat di saluran media sosial, kehadiran "King of Rock 'n' Roll" terus memberi inspirasi kepada pemuzik, pereka bentuk, penghibur dan pengaruh sosial yang paling berpengaruh dan memikat penonton di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi: www.elvisthemusic.com.

Laporan: Alan Cathcart
Kredit Foto: Triumph Motorcycles

Isu Pada

Februari 2024

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Hong Leong Yamaha Motor Rasmikan Space Y, Muzium Motosikal Pertama di Malaysia

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) sehingga kini telah pun menyerahkan sejumlah 1,092 unit motosikal elektrik iaitu MEV-1 Pro khusus kegunaan pihak Pos Malaysia Berhad.

Warta Roda

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut setelah terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Batu 6, Jalan Kangkar Baru Paloh, Yong Peng, jam pukul 10.15 pagi semalam.

Dari Litar

GP Valencia 2024 Dibatalkan...Litar Untuk Pusingan Akhir Belum Dipastikan Lagi

Berikutan bencana banjir yang melanda beberapa buah bandar di Utara Sepanyol yang turut melibatkan komuniti di Valancia, pihak Dorna telah mengumumkan bahawa GP Valencia yang dijadualkan berlangsung pada 15-17 November nanti telah dibatalkan.

Yamaha R9 - Generasi Terbaru Supersport

Untuk tahun 2025, Yamaha memperkenalkan model Supersport terbaru, R9 yang menawarkan prestasi cukup mantap dan teknologi canggih Siri R. Model ini direka berasaskan jentera perlumbaan sebenar.