Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 3 Julai 2024

'The Panigale Kingdom Mega Gathering' Cipta Rekod Dunia Dengan Penyertaan Paling Ramai...

Kuala Lumpur, Malaysia: Ducati Malaysia dengan bangganya telah mencipta sejarah dan semestinya satu pencapaian yang cukup gah apabila berjaya mengumpulkan lebih daripada 310 buah jentera Ducati Panigale di Kuala Lumpur seterusnya mencipta rekod baru dalam Malaysia Book Of Records dan juga rekod dunia. Jumlah penyertaan acara 'Panigale Kingdom Mega Gathering' kali ini meningkat sekali ganda iaitu dari 150 buah Panigale yang dikumpul dalam acara sebelum ini.

Acara bersejarah ini bermula dari bilik pameran Ducati KL. Para pemilik Panigale berkonvoi ke Nilai Spring untuk acara Mega Gathering. Sesi upacara pelepasan cukup meriah dan menyerlahkan semangat perpaduan di kalangan komuniti pemilik Panigale. 'Panigale Kingdom', sememangnya terkenal dengan kemesraan dan cinta pada Ducati memainkan peranan penting dalam pencapaian ini.

Majlis pelepasan itu disempurnakan oleh COO Ducati Malaysia, En. Dennis Michael, Pengarah Pemasaran Asia Pasifik Ducati Motor Thailand, En. Siddhartha Varma dan pelumba tersohor negara, Hafizh Syahrin.

En. Dennis Michael 'kiri' & En. Siddhartha Varma di majlis pelepasan konvoi Ducati Panigale.
En. Dennis Michael 'kiri' & En. Siddhartha Varma di majlis pelepasan konvoi Ducati Panigale.

Perhimpunan 'The Panigale Kingdom' hakikatnya bukanlah sekadar usaha untuk memecah rekod dunia semata-mata. Ia adalah perayaan “Malaysia Boleh!” menerusi semangat dan cinta pada Ducati. Kami sangat teruja untuk menyokong kelab Ducati tempatan yang memiliki bersemangat dan minat mendalam terhadap Ducati," ujar En. Dennis Michael.

"Saya juga ingin menyampaikan ucapan penghargaan kepada rakan sekerja saya Siddhartha kerana menyerikan acara ini dan menyaksikan sendiri kekuatan peminat Ducati di Malaysia,”  tambah beliau.

Siddhartha Varma turut menambah, “Perhimpunan 'The Panigale Kingdom' di Malaysia adalah bukti semangat dan dedikasi para penunggang serta pemilik Ducati. Apa pun, melihat begitu banyak jentera Panigale bergerak bersama-sama memang sesuatu  yang mengagumkan. Ia mencerminkan perpaduan dan semangat yang mentakrifkan keluarga Ducati.”

Perhimpunan Mega Panigale Kingdom bukan sahaja mencipta terbesar baharu tetapi juga menekankan komitmen dan semangat yang tidak berbelah bagi pelumba Ducati. Acara bersejarah ini mempamerkan warisan Ducati, inovasi, dan semangat kemasyarakatan yang mendalam komuniti para pemilik jentera ini di seluruh dunia. RR

Isu Pada

Ogos 2024

Popular

  • Warta Roda

    Insiden Putra Heights: MOT Sumbang 55 Unit Yamaha Ego Avantis Kepada Mangsa Terjejas

  • Warta Roda

    Kerjasama Ducati dan Lamborghini diteruskan lagi dengan penampilan model baru esok!

  • Dari Litar

    Espana Superbike Championship (ESBK):Qabil Irfan Raih Kemenangan Berganda di Jerez

  • Warta Roda

    Tiga Warna Terbaru Untuk Yamaha Y16ZR ABS 2025

  • Warta Roda

    Tak Puas Hati Kerana Lumba Haram, Sekumpulan Lelaki Merusuh Guna Pedang Samurai

Artikel berkaitan

Insiden Putra Heights: MOT Sumbang 55 Unit Yamaha Ego Avantis Kepada Mangsa Terjejas

Kerjasama Ducati dan Lamborghini diteruskan lagi dengan penampilan model baru esok!

Tiga Warna Terbaru Untuk Yamaha Y16ZR ABS 2025

Tak Puas Hati Kerana Lumba Haram, Sekumpulan Lelaki Merusuh Guna Pedang Samurai

Penunggang Motosikal Maut Terkena Bongkah Batu Berat

Midnight Black, Warna Terbaru Untuk Yamaha MT-15

Warna Baru Untuk Yamaha Y15ZR Special Edition

Kebakaran Saluran Gas: Kenderaan Cair, Akuarium Menggelegak....

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Midnight Black, Warna Terbaru Untuk Yamaha MT-15

Para peminat Yamaha MT-15 kini boleh memilih untuk mendapatkan model jalanan ini yang kini berada di pasaran dengan warna serba baru. Ya... MT-15 yang paling 'fresh' berada di pasaran hadir dengan warna Midnight Black.

Kembara

TM Bikers Jelajah Turkiye 2024!

Pada 6hb September 2024, 10.00pm, seramai 47 Peserta TM Bikers Turkiye Ride telah berkumpul bersama sanak keluarga yang datang mengiringi di KLIA 1.

Model Baru

Aveta DY115 Baharu Diperkenalkan - Harga Bermula RM3,988

Aveta Malaysia telah memperkenalkan model terbaru untuk pasaran negara iaitu DY115.

Model Baru

Produksi Ducati XDiavel V4 bermula. Akan dipasarkan ke Eropah terlebih dahulu bermula Mei ini.

Ducati memaklumkan bahawa pengeluaran untuk jentera 'Sport Cruiser' XDiavel V4 baru telah pun bermula.