Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 2 Julai 2024

Suzuki Malaysia Anjurkan 'Ride' Lasak: Suzuki V-Strom 800 De Adventure Ride 2024

Suzuki Malaysia telah menganjurkan program, 'Suzuki V-Strom 800 DE Adventure Ride' yang diadakan di Gopeng, Perak baru-baru ini. Program 'ride' lasak ini berjaya mengumpulkan seramai 18 orang pemilik jentera Suzuki V-Strom 800 DE yang hadir dari seluruh semenanjung negara.

Majlis pelepasan 'konvoi' telah disempurnakan oleh Pengurus Besar & Pengarah Suzuki Malaysia Sdn Bhd, Dato' Jeffrey Lim bersama-sama para pegawai tertinggi Suzuki Malaysia. Lebih mengujakan, program yang diadakan selama 2 hari 1 malam ini turut disertai oleh Pengurusi Eksekutif Kumpulan Syarikat AMI, Ahmad Faez Tan Sri Yahaya.

Para peserta & para pegawai tertinggi Suzuki Malaysia bergambar kenangan di majlis pelepasan.
Para peserta & para pegawai tertinggi Suzuki Malaysia bergambar kenangan di majlis pelepasan.
Dato' Jeffrey Lim menyempurnakan acara pelepasan program Suzuki V-Strom 800 DE Adventure Ride 2024.
Dato' Jeffrey Lim menyempurnakan acara pelepasan program Suzuki V-Strom 800 DE Adventure Ride 2024.

Para peserta telah memperolehi pengalaman berharga sepanjang dua hari penganjuran acara ini menerusi aktiviti-aktiviti yang disediakan oleh Suzuki Malaysia bersama-sama pihak South East Asia Adventure Travel (SEAAT) yang diketuai oleh Pak Aboo yang juga pemilik Suzuki V-Strom 1050 DE.

Secara ringkasnya, program 'bermula' setibanya para peserta di Gopeng Riverside Camp. Selain menikmati makan tengahari, para peserta turut diberikan masa terluang untuk menyegarkan diri di sungai yang berdekatan.

Selepas itu, para peserta dikumpulkan untuk sesi taklimat yang memberi penekanan terhadap tips tunggangan dan keselamatan. Pak Aboo memberi penegasan mengenai cara kawalan dan posisi menunggang dengan betul sewaktu berada di laluan-laluan lasak.

Pak Aboo 'atas motor' menunjukkan posisi badan yang betul sewaktu menunggang di laluan 'off road'..
Pak Aboo 'atas motor' menunjukkan posisi badan yang betul sewaktu menunggang di laluan 'off road'..

Para peserta berjaya mengharungi pelbagai jenis laluan yang disediakan oleh pihak SEAAT mengikut kesesuaian jentera dan tahap kemahiran para peserta.

Selain itu, konvoi turut menikmati keindahan alam semulajadi di sepanjang perjalanan termasuklah kunjungan ke ikon warisan, Kapal Korek Tin Dredge No.5 (TT5) yang terletak di Tanjung Tualang, Batu Gajah.

Antara aktiviti menarik disediakan pihak penganjur ialah Perlumbaan Motosikal Perlahan, Mencari Harta Karun dan Cabutan Bertuah yang diadakan di sebelah malam.

Program yang telah dianjurkan oleh Suzuki Malaysia ini telah menerima sambutan yang cukup positif dari para peserta dan semuanya sedia menunggu penganjuran 'Suzuki V-Strom 800 DE Adventure Ride' Edisi Kedua yang dikatakan akan menyusuri laluan yang lebih sukar dan menarik. RR

Isu Pada

Ogos 2024

Popular

  • Warta Roda

    Insiden Putra Heights: MOT Sumbang 55 Unit Yamaha Ego Avantis Kepada Mangsa Terjejas

  • Warta Roda

    Kerjasama Ducati dan Lamborghini diteruskan lagi dengan penampilan model baru esok!

  • Dari Litar

    Espana Superbike Championship (ESBK):Qabil Irfan Raih Kemenangan Berganda di Jerez

  • Warta Roda

    Tiga Warna Terbaru Untuk Yamaha Y16ZR ABS 2025

  • Warta Roda

    Tak Puas Hati Kerana Lumba Haram, Sekumpulan Lelaki Merusuh Guna Pedang Samurai

Artikel berkaitan

Insiden Putra Heights: MOT Sumbang 55 Unit Yamaha Ego Avantis Kepada Mangsa Terjejas

Kerjasama Ducati dan Lamborghini diteruskan lagi dengan penampilan model baru esok!

Tiga Warna Terbaru Untuk Yamaha Y16ZR ABS 2025

Tak Puas Hati Kerana Lumba Haram, Sekumpulan Lelaki Merusuh Guna Pedang Samurai

Penunggang Motosikal Maut Terkena Bongkah Batu Berat

Midnight Black, Warna Terbaru Untuk Yamaha MT-15

Warna Baru Untuk Yamaha Y15ZR Special Edition

Kebakaran Saluran Gas: Kenderaan Cair, Akuarium Menggelegak....

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

Didi Group selaku pengedar jenama ikonik di Malaysia, Vespa telah melancarkan model terbaru iaitu GTS 300 Classic untuk pasaran tempatan.

Model Baru

BENDA Chinchilla 500 Masuki Pasaran Negara – RM27,888

BENDA Malaysia telah memperkenalkan jentera cruiser kelas pertengahan untuk pasaran negara iaitu BENDA Chinchilla 500.

Model Baru

CFMOTO Malaysia Lancar 700MT – RM33,888

CFMOTO Malaysia telah melancarkan model Adventure Touring iaitu 700MT.

Model Baru

Produksi Ducati XDiavel V4 bermula. Akan dipasarkan ke Eropah terlebih dahulu bermula Mei ini.

Ducati memaklumkan bahawa pengeluaran untuk jentera 'Sport Cruiser' XDiavel V4 baru telah pun bermula.