Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 25 Jun 2024

Pertandingan Motosikal Kustom "hondacustoms.com" Dapat 16 Penyertaan Dari 9 Negara

Pertandingan motosikal kustom, "www.hondacustoms.com" kini masuk ke tahun kelima sejak ia mula-mula dianjurkan. Lebih menarik, 2024 menunjukkan peningkatan penyertaan sebanyak 16 buah motosikal hebat dari 9 buah negara di Eropah. Sudah pasti penyertaan mereka adalah untuk mempamerkan kreativiti dan keunikan hasil tangan masing-masing seterusnya membawa pulang hadiah utama.

Acara yang diadakan di festival "Wheels and Waves" di Biarritz, Perancis ini menampilkan idea dan rekaan hebat pada jentera Honda CL500. Model ini menawarkan rekaan gaya scrambler dengan enjin silinder berkembar yang sememangnya sangat menyeronokkan untuk ditunggang.

Honda CL500 juga sesuai dengan jiwa pencinta dua roda yang inginkan kebebasan, personaliti penuh gaya dan keperibadian yang tinggi seperti mana yang diungkapkan oleh Honda iaitu ‘Express Yourself’.

Pada tahun 2020, kemenangan berpihak kepada Brivemo Motos, pengedar Honda di Swiss yang mengubahsuai CB1000R menjadi sebuah jentera kembara yang diberi nama ‘Africa Four CRF1000R’. Tahun berikutnya, rekaan terbaik adalah Mototrafa’s CB650R Fenix dari Portugal. Ciptaan CMX500 Rebels yang bergelar  'MAANBOARD' yang datang dari Kepulauan Sardinia dipilih menjadi juara manakala juara tahun lalu menjadi milik artis muda Tamara Alves (@tamara_aalves) yang bergabung dengan Art of Wheels Garage (@artonwheelsgarage) dengan hasil rekaan sebuah 'minibike' bergelar Dax Furisoa.

Para pereka jentera custom tahun ini datangnya dari Itali, Sepanyol, Perancis, Portugal, UK, Jerman, Belgium dan Switzerland, dengan peserta dari Turki buat kali pertama yang melakukan pengubahsuaian menggunakan Honda CL250. Menariknya, terdapat beberapa peserta yang telah menggunakan pelbagai aksesori tulen Honda CL500 dengan bijak dalam pengubahsuaian mereka.

Penyertaan tahun 2024 ini terdiri daripada:

'Enduro 500': Sepanyol
- tangki berwarna menarik, madgad depan tinggi, pelindung lampu utama, papan nombor pendaftaran, sistem ekzos Arrow dan komponen-komponen buatan tangan.

CL500: Enduro 500
CL500: Enduro 500

Cherry Lady - Sepanyol
-berkonsepkan siri Honda 750 tahun 1990an, bar hendal jenis 'Drag', lampu isyarat kecil, pelana kulit premium dengan jahitan merah, cermin sisi RedMoto, warna Candy Red, dan sistem ekzos IXIL.

CL500: Cherry Lady
CL500: Cherry Lady

CL501R - Sepanyol
- gaya jentera lumba 'Flat Track' di USA, penyerap hentak bergas, silinder utama brek depan jenis radial, radiator dan pelindung rantai buatan sendiri, gabungan prestasi enjin dan aestetik.

CL501R.
CL501R.

Moonground - Portugal
- Menampilkan sebuah jentera hebat yang mampu menangani pelbagai jenis laluan, mukabumi atau di planet lain. Dipadankan dengan paip ekzos 'dibungkus', ekzos tinggi dan tayar jenis blok yang agresif.

CL500: Moonground.
CL500: Moonground.

Oceans’ Track - Perancis
- Gaya 'Stunt Bike', kesan visual padu, kerangka/lengan ayun berwarna merah, rim emas, bar hendal lebar, cermin sisi jenis 'end bar', lampu depan LED berkembar dan pelana tunggal.

CL500: Oceans’ Track.
CL500: Oceans’ Track.

CL500 Digger - Perancis
- Gaya 'off-road', madgad depan tinggi, pelindung lampu utama, pelindung tangan, papan nombor, ekzos berprestasi, 'ekor' belakang  retro dan rim emas.

CL500 Digger.
CL500 Digger.

CL500 Charade Spirit - Perancis
- Gaya 'off-road' & jentera lumba 'Flat Track', warna Tricolour, tayar jenis 'block', madgad depan tinggi, pelindung tangan dan sistem ekzos berprestasi.

CL500 Charade Spirit.
CL500 Charade Spirit.

Bik’ink - Perancis
- Gaya scrambler 1970an, warna Jingga/Merah Cherry, penyerap hentak belakang baru, sistem ekzos berprestasi dengan gaya 'Californian'.

CL500: Bik’ink.
CL500: Bik’ink.

Irezumi - Perancis
- Gaya entiti Jepun yang klasik tetapi penuh misteri, karja seni 'padu' di tangki, bahagian belakang ringkas, sistem ekzos berprestasi dengan penyenyap satin dan pelana Jingga 'Tan'.

CL500: Irezumi.
CL500: Irezumi.

The Poseidon Project - UK
- Gaya lautan, kerangka/komponen gabungan warna biru/hijau , tangki bahan api/panel sisi 'airbrush' dan pelana kustom berwarna perang.

CL500: The Poseidon Project.
CL500: The Poseidon Project.

Sterrato 500 - Itali
- Penggunaan aksesori tulen gaya 'Off-Road', madgad depan tinggi, rekaan baru lampu utama, pelindung tangan, pelana kulit, tayat jenis 'block' & penyerap hentak Öhlins.

CL500: Sterrato 500.
CL500: Sterrato 500.

Terra Battuta 500 - Itali
- Gaya jentera kembara, mampu membawa barangan, sesuai untuk jarak jauh, madgad depan jenis 'brush', bar pelindung enjin, rak membawa bagasi, rak bagasi anodisi hitam, cermin pengadang angin tinggi, sistem sambungan GPS bersepadu, tayar jenis 'block' dan lengkat dengan 'skateboard'.

CL500: Terra Battuta 500.
CL500: Terra Battuta 500.

CL Surfer - Jerman

CL Surfer.
CL Surfer.

- Namanya diberikan bersempena dengan lokasi acara pameran (Biarritz) di tepian pantai yang cukup cantik, tangki berwarna 'metallic silver', madgad depan/belakang (dengan belang biru), bar hendal 'clip-on', sistem ekzos baru & pelana kulit berwarna perang.

Flat Track 500 - Belgium
- Gaya perlumbaan 'Flat Track', penyerap hentak belakang Ohlins, lengan ayun 'cantilever', bar hendal 'straight', rim, brek belakang, ekzos rendah, sub-kerangka kustom dan rekacorak warna baru tangki bahan api yang menarik.

CL500: Flat Track 500.
CL500: Flat Track 500.

Alpina 500 - Switzerland
- Sambutan Ulang Tahun ke-50 Honda Switzerland, tangki gaya siri model CB dan pelana yang ringkas.

CL500: Alpina 500.
CL500: Alpina 500.

Bunker imPrint - Turki
- Gaya 'Cafe Racer' retro, fairing gentian-karbon dengan Nylon FDM 3D, panel sisi baru, belly pan 'sampan', ekzos baru, saspensi depan USD CB250R.

CL500: Bunker imPrint.
CL500: Bunker imPrint.

- lampu depan LED bentuk bulat, pelana tunggal, sistem saspensi belakang berspiring dan rim-rim yang tampak cukup padu. RR

Isu Pada

Oktober 2024

Popular

  • Warta Roda

    Insiden Putra Heights: MOT Sumbang 55 Unit Yamaha Ego Avantis Kepada Mangsa Terjejas

  • Warta Roda

    Kerjasama Ducati dan Lamborghini diteruskan lagi dengan penampilan model baru esok!

  • Dari Litar

    Espana Superbike Championship (ESBK):Qabil Irfan Raih Kemenangan Berganda di Jerez

  • Warta Roda

    Tiga Warna Terbaru Untuk Yamaha Y16ZR ABS 2025

  • Warta Roda

    Tak Puas Hati Kerana Lumba Haram, Sekumpulan Lelaki Merusuh Guna Pedang Samurai

Artikel berkaitan

Insiden Putra Heights: MOT Sumbang 55 Unit Yamaha Ego Avantis Kepada Mangsa Terjejas

Kerjasama Ducati dan Lamborghini diteruskan lagi dengan penampilan model baru esok!

Tiga Warna Terbaru Untuk Yamaha Y16ZR ABS 2025

Tak Puas Hati Kerana Lumba Haram, Sekumpulan Lelaki Merusuh Guna Pedang Samurai

Penunggang Motosikal Maut Terkena Bongkah Batu Berat

Midnight Black, Warna Terbaru Untuk Yamaha MT-15

Warna Baru Untuk Yamaha Y15ZR Special Edition

Kebakaran Saluran Gas: Kenderaan Cair, Akuarium Menggelegak....

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

Hasrat pelumba pasukan Ducati Lenovo, Marc Marquez untuk mencipta kemenangan sermpurna di Litar Americas tidak kesampaian apabila terbabas pada lap ke-9 walaupun ketika itu sedang mendahului perlumbaan dengan agak selesa. Terdahulu, Marc telah membuktikan dominasinya apabila meraih kemenangan dalam saingan Sprint tanpa sebarang masalah.

Pandu Uji

Suzuki V-Strom 800DE: Sesuai Untuk Perjalanan Jauh & Dekat

Tempat-tempat yang sempat aku singgah kali ini bersama Suzuki V-Strom 800RE. Ya....model kembara 800cc dari Suzuki ini adalah kesinambungan daripada model DE yang telah kami uji tahun lalu. Kini, lengkapkan siri keluarga V-Strom 800 dengan benar-benar bersedia di pasaran dan mampu merentasi kepelbagai rupa bumi, cuaca dan destinasi pengembaraan.

Warta Roda

Polis mula siasat kes pukul penunggang motosikal

Polis sedang menjalankan siasatan melibatkan insiden seorang penunggang motosikal dipukul penunggang lain di persimpangan lampu isyarat di Tampoi, di sini kelmarin.

Model Baru

BENDA Chinchilla 500 Masuki Pasaran Negara – RM27,888

BENDA Malaysia telah memperkenalkan jentera cruiser kelas pertengahan untuk pasaran negara iaitu BENDA Chinchilla 500.