Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 25 Jun 2024

Betul... Itu motosikal anak saya – Ayah Hafiz Fauzan

BATU PAHAT – “Betul, itu adalah motosikal yang digunakan oleh Hafiz Fauzan ketika keluar menonton perlawanan bola sepak pada malam 26 Mei lalu”.

Demikian kata bapa kepada Hafiz Fauzan, Abdul Halib Sugiman yang berusia 44, selepas hadir ke Bahagian Trafik dan Ketenteraman Awam, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat untuk membuat pengecaman motosikal serta dokumen yang ditemui berhampiran rangka manusia itu.

Menurut Abdul Halib, pihak polis juga sudah mengambil DNA daripada keluarganya bagi tujuan padanan dengan rangka manusia tersebut dan dijangka keputusan akan dapat diketahui kira-kira seminggu lagi.

Katanya, tiada petanda yang ditunjukkan oleh anaknya itu ketika mereka sama-sama keluar makan malam malah sama-sama menonton video lagu nasyid ketika dalam kereta.

“Dia sangat ceria pada malam itu kerana pasukan bola sepak sekolahnya menjadi johan dalam pertandingan peringkat daerah Batu Pahat,” katanya ketika dihubungi hari ini. RR

sumber laporan & kredit foto: https://www.kosmo.com.my

Popular

  • Warta Roda

    Insiden Putra Heights: MOT Sumbang 55 Unit Yamaha Ego Avantis Kepada Mangsa Terjejas

  • Warta Roda

    Kerjasama Ducati dan Lamborghini diteruskan lagi dengan penampilan model baru esok!

  • Dari Litar

    Espana Superbike Championship (ESBK):Qabil Irfan Raih Kemenangan Berganda di Jerez

  • Warta Roda

    Tiga Warna Terbaru Untuk Yamaha Y16ZR ABS 2025

  • Warta Roda

    Tak Puas Hati Kerana Lumba Haram, Sekumpulan Lelaki Merusuh Guna Pedang Samurai

Artikel berkaitan

Insiden Putra Heights: MOT Sumbang 55 Unit Yamaha Ego Avantis Kepada Mangsa Terjejas

Kerjasama Ducati dan Lamborghini diteruskan lagi dengan penampilan model baru esok!

Tiga Warna Terbaru Untuk Yamaha Y16ZR ABS 2025

Tak Puas Hati Kerana Lumba Haram, Sekumpulan Lelaki Merusuh Guna Pedang Samurai

Penunggang Motosikal Maut Terkena Bongkah Batu Berat

Midnight Black, Warna Terbaru Untuk Yamaha MT-15

Warna Baru Untuk Yamaha Y15ZR Special Edition

Kebakaran Saluran Gas: Kenderaan Cair, Akuarium Menggelegak....

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Harley-Davidson 2025 - Street Bob Nampak 'OTAI!'

Untuk tahun 2025, Harley-Davidson menyenaraikan beberapa model yang telah diberikan nafas serba baru. Jom kita mulakan dengan model bobber 'otai' iaitu Street Bob. Street Bob ialah bobber yang kurus dan ramping dengan bar hendal jenis mini-ape yang dipadankan dengan enjin Milwaukee-Eight® 117 Classic V-twin bersesaran 1,923cc yang cukup padu!

Dari Litar

Adakah Toprak Mampu Mendominasi Saingan WSBK Lagi?

Juara WSBK 2024, Toprak Razgatlioglu akhirnya kembali ke podium tertinggi selepas melakukan magik untuk mencipta mencipta sejarah kemenangan ke-59 dan ke-60 dan menyempurnakan hatrik dalam saingan pusingan 2 yang berlangsung di Litar Autodromo Internacional do Algarve baru-baru ini.

Warta Roda

Seorang maut, tujuh lagi cedera kemalangan motosikal

Sebanyak 10 motosikal dan sebuah treler terbabit dalam kemalangan yang berlaku di Kilometer (KM) 221.5, Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) arah selatan awal pagi Sabtu lalu yang mengakibatkan seorang remaja maut manakala tujuh lagi cedera.

Model Baru

X-Wedge Sedia 'Gegarkan' Pasaran Cruiser Negara. Cadang Buka 4 Cawangan Pengedar

X-Wedge merupakan jenama premium di China yang menawarkan motosikal berkonsepkan Cruiser. Ya...Berbanding dengan kebanyakan jenama lain yang memberi fokus pada jentera-jentera skuter maksi, kembara dan sportbike, X-Wedge menceburi pasaran yang berbeza sama sekali.