Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 10 Januari 2018

Perak International Bike Week Meriah & Berjaya

Perak International Bike Week (PIBW) akan dimasukkan ke dalam kalendar pelancongan Perak 2018 sebagai salah satu acara tahunan bagi mempromosi negeri itu. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia Negeri Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata, acara permotoran bertaraf antarabangsa itu dilihat mampu menarik pelancong asing ke Perak.

“Saya lihat ramai penunggang motosikal dari luar yang turut serta dalam acara ini. Bukan hanya dari negara jiran Thailand dan Singapura, malah dari Brunei, Indonesia, Australia dan United Kingdom juga ada. Sudah semestinya ia membantu mempromosi negeri Perak,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran PIBW 2017 di Bulatan Aman Jaya, Meru, Ipoh.

Ujar Nolee, kerajaan negeri sangat menyokong penganjuran tersebut kerana ia juga membantu menaikkan industri perhotelan. PIBW 2017 merupakan cetusan idea Kelab Bikers Perak (Apps Bikers) salah satu kelab permotoran di Perak dengan 10 kelab motosikal lain.

Dengan tema 'Revolusi Dunia Permotoran', penganjuran acara permotoran ini mendapat kerjasama kerajaan negeri serta Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Negeri Perak. Pengerusi Program PIBW 2017, Azmi Hashim berkata, program perhimpunan peminat motosikal itu diadakan bersempena sambutan Keputeraan Sultan Perak ke-61 yang disambut pada hari Jumaat, 3 November lalu.

Menurut Azmi, PIBW 2017 menonjolkan gimik menarik bagi meraikan sambutan Keputeraan Sultan Nazrin Muizuddin Shah dengan membuat ucapan “Daulat Tuanku” melalui susunan 80 biji topi keledar dan 60 penunggang motosikal. Selain itu katanya, program yang diadakan selama tiga hari sehingga 5 November itu juga diadakan sempena Tahun Melawat Perak 2017.

Ujar Azmi, program tersebut berjaya menarik 25,000 pengunjung dari dalam dan luar negara.

Katanya, PIBW 2017 adalah platform untuk belia menonjolkan bakat dalam bidang permotoran secara berhemah selain membantu mencungkil bakatbakat muda seperti Khairul Idham Pawi, anak jati Kampung Gajah, Perak yang melakar nama Malaysia dalam Kejohanan Motosikal Dunia (MotoGP) bagi kategori Moto3 dan yang terkini dalam Moto2.

PIBW menyediakan pelbagai aktiviti menarik berkaitan motosikal. Antara aktiviti yang diadakan ialah Slot Belia Masjid Negeri Perak, pertandingan motosikal bagi kategori Best Bike / Best Custom Bike / Best Kapcai, lintas hormat dan persembahan bermotosikal daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta konvoi ke Kelly's Castle, di Batu Gajah dan Kompleks Silveritage, Ipoh.

Program juga dimeriahkan dengan karaoke santai bikers serta persembahan kebudayaan dari Persatuan Kesenian Sebastiar Perak yang mempersembahkan tarian India, Gabungan Sekolah JPN Perak dengan tarian Cina serta tarian sewang daripada masyarakat Orang Asli. Bagi memeriah dan menggamatkan suasana malam bandar Meru, tujuh selebriti iaitu Yabang (Khalifah), Dwan (Olan), Afee (U-Topia), Ali (Lela), Zack (Massa), Nik (Putra) dan Kensolo (Auraindrapatih) turut membuat persembahan dengan lagulagu nostalgia kegemilangan mereka.

PIBW 2017 turut dimeriahkan dengan 15 tapak pameran daripada Kementerian Kesihatan (KKM), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Tourism Perak, Lost World of Tambun, Perak FM serta Motac. Selain itu, 125 tapak menjual pelbagai produk berkaitan permotoran dan jualan makanan daripada 20 food truck.

Pemenang bertuah PIBW 2017, Ahmad Asrul Shaari berjaya membawa pulang sebuah motosikal Modenas V15. RR

Isu Pada

Januari 2018

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Hong Leong Yamaha Motor Rasmikan Space Y, Muzium Motosikal Pertama di Malaysia

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Seorang peniaga maut selepas motosikal ditunggang terlibat kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Tengku Mizan, di sini pada Selasa.

Warta Roda

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut setelah terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Batu 6, Jalan Kangkar Baru Paloh, Yong Peng, jam pukul 10.15 pagi semalam.

Model Baru

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Model baru ini menyasarkan para peminat dua roda muda yang mementingkan gaya retro dengan spesifikasi moden.

Dari Litar

Francesco Bagnaia Tawan GP Thailand Dalam Hujan

Francesco Bagnaia (pecco) membuktikan keupayaannya apabila menjuarai GP Thailand dalam keadaan cuaca dan litar yang sangat sukar.