Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 31 Mei 2024

MODENAS Eksport Kawasaki Ninja ZX-6R - Sudah 280 Unit Dihantar Ke China

Baru-baru ini RR bersama para media yang lain telah berpeluang untuk berkunjung ke Kilang Modenas yang terletak di Gurun, Kedah bagi melihat proses pemasangan model Supersport iaitu Kawasaki Ninja ZX-6R. Ketika menghadiri sesi lawatan ke kilang tersebut, pihak MODENAS juga turut merasmikan pelepasan kontena yang membabitkan sebanyak 112 unit Kawasaki Ninja ZX-6R yang di eksport ke China yang merupakan penghantaran ketiga bagi tahun ini.

Penghantaran pertama yang dilakukan ke Kawasaki Motors Shanghai (KMSH) bermula pada hujung bulan Mac lalu (membabitkan 28 unit) dan diikuti kiriman kedua pada awal bulan Mei sebanyak 140 unit jentera Ninja ZX-6R. Sehingga 28 Mei 2024, MODENAS telah menghantar sebanyak 280 unit ke negara tersebut.

Majlis pelancaran pelepasan kontena pada hari tersebut disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Modenas, En. Roslan Roskan dan turut disaksikan oleh tetamu jemputan dari Ketua Jabatan Cukai Dalam Negeri, Jabatan Kastam Diraja Malaysia Negeri Kedah, Tuan Badrol Ghazali bersama Ketua Kawalan dan Kemudahan, Jabatan Kastam Diraja Malaysia Negeri Kedah, Lee Hock Ben serta anggota pengurusan Jabatan Kastam Diraja Malaysia Kedah dan MODENAS.

Pada tahun 2022, MODENAS telah diberi kelulusan olah Kawasaki Motors Ltd untuk melakukan aktiviti pemasangan jenama dari Jepun itu di Gurun, Kedah. Antara model-model pemasangan tempatan (CKD) yang terlibat sehingga ke tahun ini ialah Ninja 250, Z 250, Versys X 250, Vulcan S 650, Z900, ZX-25R, Ninja 650, Z 650 dan ZX-6R.

"Kami menjangkakan 1,000 unit ZX-6R yang disasarkan untuk di hantar ke China pada tahun ini dan jumlah tersebut akan bertambah pada tahun hadapan. Pada masa yang sama, kapasiti pengeluaran bagi unit CKD model ini di Gurun, Kedah sebanyak 2,000 unit setahun. Jumlah ini akan bertambah jika mendapat tempahan yang tinggi," kata En. Roslan Roskan.

Sementera itu, pihak MODENAS telah mengeksport beberapa model CKD sejak Ogos 2022 sehingga April 2024 (1,795 unit) ke Thailand yang melibatkan model Modenas Pulsar NS200, Pulsar NS160, Dominar D250, Pulsar RS200 dan Dominar D400. Manakala 1,036 unit ke Timur Tengah sejak Julai 2023 untuk Z250, Ninja 250, ZX25RR, Versys X 250, KX250 dan ZX25R.

Kawasaki Ninja ZX-6R Model Pemasangan Tempatan (CKD) Bakal Dilancarkan di Malaysia Awal Tahun 2025?

MODENAS turut mengesahkan Kawasaki Ninja ZX-6R bakal dilancarkan ke Malaysia awal tahun 2025. Model generasi terbaru ini menampilkan rekabentuk yang lebih sporty dan agresif. Sebagai jentera berkapasiti bawah 650cc, sama ada model ZX-6R ini akan menggunakan logo Kawasaki atau Modenas masih belum diketahui.

ZX-6R didatangkan dengan enjin bersesaran 636cc, 4 silinder sebaris, DOHC dengan sistem penyejuk cecair yang mematuhi piawaian Euro 5. Oleh itu, enjinya mampu menghasilkan kuasa maksimum 124PS (129PS dengan Ram Air) pada 13,000rpm dan tork 69.0Nm pada 10,800rpm.

Terdapat empat jenis mod tunggangan seperti Sport, Road, Rain dan Rider yang boleh dipilih melalui paparan meter TFT 4.3 inci yang baharu. Manakala ciri bantuan tunggangan elektronik termasuk sistem Kawasaki Intelligent Anti-Lock Brake (KIBS), Kawasaki Traction Control (KTRC), Kawasaki Quick Shifter (Upshift sahaja) dan Assit & Slipper Clutch.

Untuk harganya pula masih tidak diumumkan dan kami jangkkakan sekitar RM70k untuk pasaran tempatan. RR

Isu Pada

Julai 2024

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Hong Leong Yamaha Motor Rasmikan Space Y, Muzium Motosikal Pertama di Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

EICMA 2024: Moto Morini Perkenalkan Model Ikonik, 3 1/2 Baru

Moto Morini meraikan ulang tahun ke-50 model ikonik yang dikenali sebagai '3 1/2' dengan memperkenalkan di pameran motosikal antarabangsa EICMA.

Model Baru

CFMOTO 675SR-R Dilancarkan Pada Harga Asas RM37,888

Bersempena dengan majlis perasmian CFMOTO Flagship Store Sendayan Motor, Mforce Bike Holdings Sdn Bhd telah melancarkan model sport terbaru iaitu CFMOTO 675SR-R.

Yamaha R9 - Generasi Terbaru Supersport

Untuk tahun 2025, Yamaha memperkenalkan model Supersport terbaru, R9 yang menawarkan prestasi cukup mantap dan teknologi canggih Siri R. Model ini direka berasaskan jentera perlumbaan sebenar.

Warta Roda

Kemalangan Maut Motosikal Akibat Langgar Kerbau

Perjalanan seorang pengawal keselamatan ke tempat kerja bertukar tragedi apabila motosikal ditungganginya terlanggar seekor kerbau.