Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 8 Mei 2024

Warna Baru Untuk Yamaha MT-15

Mungkin ada yang setuju dan ada juga yang kurang setuju tetapi bagi kami, dalam beberapa aspek model jalanan Yamaha MT-15 dirasakan lebih mantap berbanding MT-25. Antaranya dari sudut posisi menunggang, rekabentuk pelana dan sistem Variable Valve Actuation (VVA).

Yamaha MT-15 Midnight Cyan.
Yamaha MT-15 Midnight Cyan.
Yamaha MT-15 Midnight Black.
Yamaha MT-15 Midnight Black.

Apa pun, itu pandangan peribadi. Tepuk dada tanya selera. Okay, MT-15 hadir dengan enjin 155cc, silinder tunggal SOHC yang menghasilkan hantaran kuasa 14.2 kW pada 10,000 rpm dan tork 14.7 Nm pada 8,500 rpm.

Yamaha MT-15 Midnight Cyan.
Yamaha MT-15 Midnight Cyan.

Terbaru, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah mengumumkan kehadiran model MT-15 ini dengan warna serba baru iaitu Midnight Black dan Midnight Cyan. MT-15 dengan warna baru ini boleh dilihat di semua pusat pengedar HLYM bermula hari ini (8hb Mei 2024).

Harga asas yang disyorkan untuk model ini ialah RM12,498 (tanpa yuran pendaftaran dan insurans). Setiap pembelian jentera ini akan menerima pengunci cakera bernilai RM100. RR

Isu Pada

Jun 2024

Popular

  • Warta Roda

    Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

  • Dari Litar

    Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Artikel berkaitan

Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Dua Penunggang Wanita Maut Motosikal Bertembung

Majlis Penyerahan Triumph Tiger Sport 800 Kepada Para Pembeli Terawal

Polis mula siasat kes pukul penunggang motosikal

Seorang maut, tujuh lagi cedera kemalangan motosikal

Zynergys & Helios Bekerjasama Dengan Beberapa Pasukan Yang Bertanding di MCP, ARRC dan MSF

Disyorkan untuk anda
Model Baru

JEDI K333: Direka Untuk Kesesuaian Penunggang Baru & Wanita

Sejak kemunculan sebagai model konsep, pihak syarikat telah menghabiskan lebih daripada 800 hari dengan melakukan penambahbaikan tanpa henti untuk model sport, JEDI K333.

Warta Roda

Majlis Penyerahan Triumph Tiger Sport 800 Kepada Para Pembeli Terawal

Triumph Motorcycle Malaysia menyerahkan Triumph Tiger Sport 800 (2025) kepada para pembeli terawal.

Warta Roda

Honda CBR150R Hadir Dengan Warna Serba Baru!

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. dengan bangganya memperkenalkan Honda CBR150R dengan skema warna baharu lebih menarik. Warna serba menawan ini adalah inspirasi daripada DNA Honda Racing ikonik seperti mana yang dilihat pada model lagenda CBR1000RR-R, CBR650R dan CBR250RR.

Model Baru

Produksi Ducati XDiavel V4 bermula. Akan dipasarkan ke Eropah terlebih dahulu bermula Mei ini.

Ducati memaklumkan bahawa pengeluaran untuk jentera 'Sport Cruiser' XDiavel V4 baru telah pun bermula.