Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 7 Mei 2024

Yamaha MT-25 2024 Hadir Dengan Warna Baru

Selepas NVX155, Y15ZR...Kini Hong Leong Yamaha Motor menampilkan MT-25 dengan dua warna terbaru, Midnight Black & Midnight Cyan. Yamaha MT-25 merupakan antara model popular di tanahair kerana memiliki rekabentuk yang menawan, posisi menunggang yang selesa dan prestasi enjin cukup mantap!

Yamaha MT-25: Midnight Cyan.
Yamaha MT-25: Midnight Cyan.
Yamaha MT-25: Midnight Black.
Yamaha MT-25: Midnight Black.

Antara ciri-ciri menarik lain yang turut ditawarkan oleh jentera Yamaha ini ialah sistem pencahayaan jenis LED beserta lampu Daytime Running Light (DRL) dengan gaya 'Predator'. Kalau tengok betul-betul, rekabentuk bahagian belakangnya adalah seperti YZF-R25 - gaya sport menarik!

Yamaha MT-25: Midnight Black.
Yamaha MT-25: Midnight Black.

Model jalanan ini dilengkapkan dengan enjin 249 cc, dua silinder DOHC yang berkuasa 26.4 kW pada 12,000rpm dan tork 22.6 Nm pada 10,000rpm.

Yamaha MT-25: Midnight Cyan.
Yamaha MT-25: Midnight Cyan.

Untuk model 2024, harga asas yang dicadangkan ialah RM23,998 dan dengan setiap pembelian jentera ini, para pelanggan Yamaha akan menerima pengunci cakera bernilai RM100. RR

Isu Pada

Jun 2024

Popular

  • Warta Roda

    Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

  • Dari Litar

    Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Artikel berkaitan

Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Dua Penunggang Wanita Maut Motosikal Bertembung

Majlis Penyerahan Triumph Tiger Sport 800 Kepada Para Pembeli Terawal

Polis mula siasat kes pukul penunggang motosikal

Seorang maut, tujuh lagi cedera kemalangan motosikal

Zynergys & Helios Bekerjasama Dengan Beberapa Pasukan Yang Bertanding di MCP, ARRC dan MSF

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Dua Penunggang Wanita Maut Motosikal Bertembung

Seorang wanita dan seorang lagi remaja wanita maut selepas motosikal yang ditunggang mereka bertembung sesama sendiri.

Warta Roda

Majlis Penyerahan Triumph Tiger Sport 800 Kepada Para Pembeli Terawal

Triumph Motorcycle Malaysia menyerahkan Triumph Tiger Sport 800 (2025) kepada para pembeli terawal.

Warta Roda

Dua Maut, Motosikal Dirempuh Kereta Langgar Lampu Isyarat Merah

Dua orang maut manakala tiga yang lain cedera parah selepas dua motosikal dirempuh sebuah kereta.

Pandu Uji

Honda XL750 Transalp: Antara Jentera Kembara 'Middle Weight' Yang Terbaik?

Ketika Boon Siew Honda (BSH) melancarkan 4 model hebat tahun lalu, saya memang terpikat dengan model Transalp ini. Ini kerana beberapa tahun dulu, saya pernah menunggang Transalp model lama. Apabila saya kongsikan beberapa gambar di media sosial, ramai yang 'menyakat' tanya motor itu abad ke berapa? Betul kata mereka, dari segi design, ia tidaklah begitu hebat tetapi dari segi hantaran kuasa dan keselesaannya memang sangat saya suka.