Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 7 Mei 2024

'We Ride As One' 2024: Ducati Menggegar Bandar!

Tahun 2024 merupakan penganjuran acara 'We Ride As One' untuk kali ketiga yang dikhususkan untuk para pemilik Ducati. Acara yang cukup istimewa ini dianjurkan di bandar-bandar di seluruh dunia dan sudah pasti Malaysia tidak berkecuali.

'We Ride As One' Kuala Lumpur - Putrajaya.
'We Ride As One' Kuala Lumpur - Putrajaya.

Ia disertai oleh para pencinta Ducati yang terdiri daripada ahli Ducati Owner Club (DOC) dan para pengedar Ducati yang bertujuan untuk mempamerkan kebanggaan dunia dua roda kalangan peminat Ducati.

Penganjuran 'We Ride As One' edisi ketiga di Kuala Lumpur dimeriahkan dengan kehadiran En. Dennis Michael (COO Ducati Malaysia) yang ditemani oleh En. Rizal Jailani, En.Siddharta Varma, Ms. Stefania Indirli, En. Luca Gallerami dan ramai lagi.

Di Kuala Lumpur, sejumlah 330 buah jentera Ducati pelbagai model telah bersama-sama menyempurnakan acara 'We Ride As One' tahun ini dengan berkonvoi dari Ducati Sungai Buloh menuju ke Putrajaya. Deruman enjin menggemparkan suasana di setiap tempat yang ditujui. Tidak selalu kita dapat lihat model-model eksklusif seperti Panigale, Multistrada, Desext X, Diavel berkumpul dengan megahnya.

'We Ride As One' Pulau Pinang.
'We Ride As One' Pulau Pinang.

Penganjuran acara yang sama turut diadakan di Pulau Pinang dan berjaya mengumpulkan kira-kira 200 buah motosikal yang turut hadir dari negeri Kedah Darul Aman. Tahniah diucapan. RR

Isu Pada

Jun 2024

Popular

  • Warta Roda

    Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

  • Dari Litar

    Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Artikel berkaitan

Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Dua Penunggang Wanita Maut Motosikal Bertembung

Majlis Penyerahan Triumph Tiger Sport 800 Kepada Para Pembeli Terawal

Polis mula siasat kes pukul penunggang motosikal

Seorang maut, tujuh lagi cedera kemalangan motosikal

Zynergys & Helios Bekerjasama Dengan Beberapa Pasukan Yang Bertanding di MCP, ARRC dan MSF

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Seorang maut, tujuh lagi cedera kemalangan motosikal

Sebanyak 10 motosikal dan sebuah treler terbabit dalam kemalangan yang berlaku di Kilometer (KM) 221.5, Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) arah selatan awal pagi Sabtu lalu yang mengakibatkan seorang remaja maut manakala tujuh lagi cedera.

Dari Litar

GP Argentina 2025: Marc Marquez Cipta Kenangan

Marc Marquez sekali lagi mencipta sejarah dengan meriah kemenangan yang ke-64 dan yang ke-4 di litar Termas de Rio Hondo selepas tahun 2024, 2016 dan 2019. Kemenangan ini juga membolehkannya menyamai Legenda MotoGP Angel Nieto.

Dari Litar

Qabil Irfan Kini Atlet Alpinestars

Pelumba negara, Qabil Irfan kini telah mendapat persetujuan sebagai atlet Alpinestars.

Pandu Uji

Honda XL750 Transalp: Antara Jentera Kembara 'Middle Weight' Yang Terbaik?

Ketika Boon Siew Honda (BSH) melancarkan 4 model hebat tahun lalu, saya memang terpikat dengan model Transalp ini. Ini kerana beberapa tahun dulu, saya pernah menunggang Transalp model lama. Apabila saya kongsikan beberapa gambar di media sosial, ramai yang 'menyakat' tanya motor itu abad ke berapa? Betul kata mereka, dari segi design, ia tidaklah begitu hebat tetapi dari segi hantaran kuasa dan keselesaannya memang sangat saya suka.