Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 3 Mei 2024

Yamaha RXZ Diseludup Masuk dari Thailand?

PUTRAJAYA - Model popular, Yamaha RXZ antara kenderaan yang dikesan mula aktif diseludup masuk ke dalam negara melalui Sungai Golok, Kelantan.

Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan), Ribuan Abdullah berkata, untuk rekod tahun ini (sehingga Mac), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mendapati lima komoditi utama yang mencatatkan nilai rampasan tertinggi ialah kenderaan, rokok, dadah, minuman keras dan tekstil serta selebihnya lain-lain komoditi membabitkan 1,856 kes.

Penolong Ketua Pengarah Kastam 'Penguatkuasaan', Ribuan Abdullah 'tengah' ketika di sidang akhbar kejayaan JKDM membanteras aktiviti penyeludupan bagi suku tahun pertama 2024. Kredit Foto: Sinar Harian
Penolong Ketua Pengarah Kastam 'Penguatkuasaan', Ribuan Abdullah 'tengah' ketika di sidang akhbar kejayaan JKDM membanteras aktiviti penyeludupan bagi suku tahun pertama 2024. Kredit Foto: Sinar Harian

Menurutnya, bagi tempoh itu, rampasan termasuk cukai direkodkan berjumlah RM350.18 juta iaitu peningkatan 181.72 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu iaitu RM124.30 juta.

"Bagi kenderaan, sebanyak 221 kes dicatatkan membabitkan rampasan 385 unit dengan nilai RM27.55 juta.

"Antara kenderaan yang dirampas ialah Yamaha RXZ, Toyota Vellfire dan Alphard serta Mercedes," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat JKDM di sini pada Selasa.

Yamaha RXZ BOSS - Gambar Sekadar Hiasan.
Yamaha RXZ BOSS - Gambar Sekadar Hiasan.

Beliau berkata, modus operandi penyeludupan kenderaan ialah membawa masuk kenderaan dari negara jiran sebelum dijual dengan harga murah.

Katanya, bagi kenderaan ini ada juga yang dipandu dibawa masuk ke dalam negara serta menggunakan kontena di Pelabuhan Klang.

"Bagi Yamaha RXZ, motosikal ini dikesan diseludup masuk melalui Sungai Golok menggunakan perahu selain guna kenderaan lori. Kita percaya cubaan ini mula aktif sejak dua tahun lalu apabila harga pasarannya melonjak kira-kira RM15,000 seunit.

"Kita telah tempatkan anggota risikan termasuk kawasan tepi sungai bagi mengesan aktiviti ini," ujarnya.

Mengulas lanjut, bagi komoditi lain iaitu rokok, 711 kes direkodkan babit rampasan lebih 125 juta batang dengan nilai RM10.61 juta, dadah pula merekodkan 139 kes dengan rampasan 847.41 kilogram babit nilai RM29.56 juta.

Yamaha RXZ Catalyzer - Gambar Sekadar Hiasan.
Yamaha RXZ Catalyzer - Gambar Sekadar Hiasan.

Kata beliau, komoditi keempat paling tinggi dirampas ialah minuman keras dengan 244 kes babit nilai rampasan RM8.92 juta, manakala tekstil (14 kes) dengan rampasan berjumlah RM3.85 juta.

Tegasnya, orang ramai digesa membantu JKDM memerangi jenayah penyeludupan dan diingatkan untuk tidak terlibat dengan kegiatan terbabit. RR

sumber: https://www.sinarharian.com.my

Popular

  • Model Baru

    Sah! SYM TTLBT Masuk Pasaran Negara Hujung 2025 atau Awal 2026 - Harga Anggaran RM50K

  • Model Baru

    SYM ADXTG 400 Masuk Malaysia Mei Ini - Harga Bawah RM30K

  • Warta Roda

    Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

  • Dari Litar

    CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

  • Warta Produk

    LS2 Perkenalkan Tiga Model Helmet Terbaru

Artikel berkaitan

Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

Kementerian Kerja Raya (KKR) Bangunkan Kemudahan Asas Lebih Selamat Buat Penunggang Motosikal

Mforce Bike Holdings Rancang Untuk Anjurkan MFORCE MOTORSHOW 2026

Motosikal dihanyut banjir. Mujur mangsa selamat.

MODENAS Elegan EX 'Facelift': Gaya & Ciri Dipertingkatkan. Harga asas RM17,780

Honda Vario 160 Terima Tiga Warna Baru - Bermula RM10,198

Insiden Putra Heights: MOT Sumbang 55 Unit Yamaha Ego Avantis Kepada Mangsa Terjejas

Kerjasama Ducati dan Lamborghini diteruskan lagi dengan penampilan model baru esok!

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

MotoGP 2025 (Qatar): Minggu Sempurna Buat Marc Marquez!

Sejak di sesi latihan bebas, jentera bernombor '93' sentiasa mendapatkan rentak yang luar biasa, catatan masa terpantas, diikuti dengan kedudukan petak pertama, menang perlumbaan Sprint Test dan mengakhiri GP Qatar juga sebagai Sang Juara.

Warta Roda

Warna Baru Untuk Yamaha Y15ZR Special Edition

Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) hari ini memperkenalkan Yamaha Y15ZR Edisi Istimewa (SE) yang hadir dengan warna Bronze Fury serba baru. Model SE i ni ditawarkan pada harga (cadangan) RM9,498 (tidak termasuk yuran pendaftaran dan insurans).

Model Baru

Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

Didi Group selaku pengedar jenama ikonik di Malaysia, Vespa telah melancarkan model terbaru iaitu GTS 300 Classic untuk pasaran tempatan.

Model Baru

BENDA Chinchilla 500 Masuki Pasaran Negara – RM27,888

BENDA Malaysia telah memperkenalkan jentera cruiser kelas pertengahan untuk pasaran negara iaitu BENDA Chinchilla 500.