Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 10 Januari 2018

Honda raikan Kejayaan 60 Tahun Perniagaan

Boon Siew Honda Sdn Bhd (BSH) merupakan pengeluar dan pengilang motosikal antara yang utama di Malaysia. Pada Disember lalu, syarikat motosikal yang beroperasi di Pulau Pinang ini telah meraikan kejayaan bersejarah selama 60 tahun perniagaan motosikal dengan jumlah pengeluaran sebanyak 5 juta unit.

Perniagaan motosikal Honda di Malaysia bermula pada tahun 1957 dengan tersergamnya ruang pameran pertama BSH yang terletak di Pitt Street serta kesediaan 50 unit Honda Cub yang diimport untuk jualan. Pada tahun 1969, syarikat ini memulakan produksi motosikal menerusi kerjasama teknikal dengan Honda Japan.

Oriental Holdings Berhad dan Honda Motor membentuk usahasama pada tahun 2008 yang bertujuan untuk menubuhkan Boon Siew Honda Sdn Bhd agar dapat mengukuhkan pengeluaran dan penjualan motosikal Honda di Malaysia. Selanjutnya pada tahun 2013, Boon Siew Honda mula beroperasi di kilang baru di Batu Kawan, Pulau Pinang dengan kos sebanyak 200 juta demi menampung peningkatan permintaan serta menghasilkan jentera yang berkualiti.

"Selama 60 tahun ini, Oriental Holdings Berhad menjalinkan hubungan yang teguh dengan Honda Motor dan kami telah menyatukan visi untuk menawarkan motosikal yang inovatif dan diyakini orang ramai melalui perjanjian terkini. Kerjasama ini juga mencerminkan hubungan perniagaan antara Malaysia dan Jepun di dalam industri automotif dan kita telah melihat peningkatan tahap ekonomi Malaysia. Kami akan terus memberi sumbangan berharga untuk negara bersama-sama Honda, "kata Pengerusi Boon Siew Honda, Dato' Seri Loh Cheng Yean.

Dalam beberapa tahun, BSH telah memperkenalkan pelbagai model dari cub, skuter hingga jentera berkuasa tinggi. Untuk lebih kompetitif, BSH telah menyasarkan model motosikalnya ke dalam tiga kategori utama iaitu “Sports”, Gaya Hidup, dan Premium. Setiap kategori ditetapkan untuk menampung tuntutan dan keinginan pemilik motosikal tempatan yang sentiasa berubah.

Pada bulan Jun 2016, pengenalan RS150R yang sangat dinanti-nantikan telah membawa BSH ke satu tahap yang baru. Hanya selepas dua bulan pertama di pasaran, BSH berjaya menganjurkan konvoi RS150R yang pertama dan terbesar di Malaysia dengan jumlah kira-kira 180 pemilik. Oleh kerana pencapaian penjualan sebanyak 17,000 unit dalam masa lapan bulan, BSH telah menandatangani perjanjian dengan Honda Motor Co. Ltd untuk mengeksport model RS150R.

Pada tahun yang sama, BSH memperolehi sijil Kenderaan EEV dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan menjadi pengeluar motosikal pertama yang mempunyai model yang disahkan EEV. Sehingga 2017, lima model motosikal iaitu (EX5 Fi, Wave 125i, Wave Dash (Fi), Wave Alpha dan BeAT) telah disahkan sebagai motosikal EEV. Hari ini, 75% daripada pengeluaran BSH adalah EEV dan BSH komited untuk terus memperkenalkan model-model baru yang memenuhi standard EEV.  

Untuk kekal cemerlang dalam segmen motosikal berkuasa tinggi BHS telah pun melancarkan pusat Honda BigWing yang dikhususkan untuk jentera bersesaran besar bermula Januari ini di empat buah bandar utama seperti Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Selangor dan Johor. RR

Isu Pada

Januari 2018

Popular

  • Dari Litar

    Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Artikel berkaitan

Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

Boon Siew Honda (BSH) mengumumkan semula pengenalan warna White Trico bersama dengan dua pilihan warna yang baru iaitu Matte Blue dan Sliver.

Model Baru

EICMA 2024: Nikmati Dunia Pengembaraan Dengan Voge Valico 800DS Rally

Voge menggunakan pentas global iaitu EICMA untuk melancarkan model kembara terbarunya iaitu Valico 800DS. Ia adalah sebuah jentera yang memberi cabaran dalam segmen Kembara/Adventure

Model Baru

Kawasaki ZX-6R 2025 Sudah Boleh Ditempah Bermula 1 Disember Ini. Harga asas RM59,900

MODENAS telah melancarkan kempen pra-tempahan untuk model ZX-6R terbaru bermula pada 1 Disember 2024 di semua bilik pameran Kawasaki All-Star.

Dari Litar

MotoGP Malaysia: Walaupun Raih Juara, Misi Pecco Belum Selesai....

Pecco akhirnya menerima bendera penamat sebagai juara diikuti Martin di tempat kedua dan kini mendahului carta dengan 24 mata manakala Enea Bastianini di tempat ketiga.