Ducati Riding Experience (DRE) Road Academy: Tingkatkan Kemahiran Penunggang
Ducati Riding Experience (DRE) kembali untuk tahun ini menerusi sesi Road Academy yang diadakan di Gemuda Gardens, Rawang. Penganjuran ini ditawarkan oleh Ducati Malaysia untuk semua penunggang dan peminat dua roda tanpa mengira jenis motosikal. Namun begitu, jentera yang digunakan dalam sesi latihan sudah semestinya Ducati yang terdiri daripada pelbagai model.
DRE Road Academy diadakan dalam beberapa sesi berbeza dan telah mendapat sambutan yang cukup menggalakkan, hampir 'sold out!'. Sesi paling awal telah diadakan pada 25hb April lalu yang dikhususkan untuk para media permotoran dan vlogger/youtuber. Turut hadir memeriahkan acara tersebut ialah En. Dennis Michael, Ketua Pegawai Operasi Ducati Malaysia. Terima kasih buat Ducati Malaysia dari kami di RodaRoda atas jemputan ini!
Kursus amali dan praktikal telah disampaikan oleh tiga orang coach cukup mantap iaitu En. Haizal Omar, En. Kevin Lee (Kev) dan Sdr. Ahmad Nadzrey. Kursus dimulakan dengan sesi teori, disampaikan oleh Coach Haizal yang memberi tumpuan kepada teknik tunggangan, posisi menunggang, cara pemandangan yang betul serti posisi badan.
Para peserta kemudiannya diwajibkan untuk mempraktikkan apa yang dipelajari menerusi sesi latihan praktikal. Pihak Ducati Malaysia telah menyediakan laluan teknikal beserta halangan untuk menguji sejauh mana tahap tunggangan seseorang itu. Ya...ternyata ia tidak semudah yang disangka. Bak kata Coach Haizal, "Ramai orang boleh menunggang laju tetapi tak ramai yang dapat memperlahankan kelajuan dengan betul dan selamat.
Setiap para peserta wajib melakukan latihan/ujian tunggangan di laluan slalom, bulatan, elak halangan dan brek kecemasan untuk merasai kepentingan sistem ABS. Latihan yang diadakan itu 'membuka mata' ramai peserta untuk memperbaiki tahap dan cara tunggangan masing-masing. Terima kasih coach!
Pengalaman dan segala ilmu yang dikongsikan oleh ketiga-tiga coach sangat berguna untuk seseorang penunggang motosikal itu sentiasa menunggang dengan selamat. Walaupun sudah menunggang puluhan tahun atau telah mengambara puluhan ribu kilometer di seluruh dunia, sedarilah....masih banyak yang perlu dipelajari agar dapat menunggang dengan selesa, selamat dan menyeronokkan. RR
Popular