HLYM Perkenalkan Warna Baru Yamaha NVX 2024
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah melancarkan empat warna terbaru untuk Yamaha NVX 155. Warna-warna baru yang diperkenalkan itu adalah Blue dan Bronze untuk varian standard, manakala Sky dan Premiun Navy bagi versi ABS.
Dari segi spesifikasinya tetap sama, NVX disemprunakan dengan enjin berteknologikan VVA, 155cc, silinder tunggal, SOHC dan sistem penyejuk cecair.Oleh itu, model ini mampu menghasilkan kuasa maksimum 11.3kW pada 8,000rpm dan nilai torknya 13.9Nm pada 6,500rpm.
Antara ciri-ciri lain yang dipadankan seperti paparan meter LCD, lampu-lampu jenis LED, fork teleskopik, brek cakera di bahagian hadapan, berat 125kg (versi ABS) & 122kg (versi standard), tinggi pelana 790mm, isi tangki bahan api 5.5 liter dan kerangka jenis Backbone.
Yamaha NVX 2024 tersedia di semua pengedar sah Yamaha bermula 24hb April 2024 dengan harga jualan yang disyorkan RM9,998 (Standard) dan RM11,698 (ABS) bersama waranti selama dua tahun atau 20,000 kilometer (yang mana terdahulu) Kesemua harga adalah tanpa pendaftaran dan insurans. Pemilik baru jentera ini juga akan menerima kunci cakera Yamaha bernilai RM100 secara percuma. RR
Popular