Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 18 April 2024

Global: Kemalangan Maut Cecah 243 Mangsa Sepanjang Pesta Songkran

Jumlah kemalangan maut yang dicatatkan sepanjang berlangsungnya Pesta Air Sedunia Songkar minggu lalu mencecah 243 orang mangsa dan mencederakan 1,837 orang. Pesta tahunan tersebut berlangsung dari 11 hingga 16 April lalu, sememangnya sangat popular di kalangan masyarakat setempat dan para pelancong dari seluruh dunia.

Menteri Pendidikan, Permpoon Chidchob berkata: "Terdapat 1,811 kemalangan jalan raya dari 11-16 April, apabila ramai pekerja pulang ke wilayah asal mereka untuk perayaan Songkran. Kemalangan melibatkan motosikal adalah yang tertinggi dengan nilai peratusan 84.9% manakala wilayah paling utara Chiang Rai mencatatkan jumlah kemalangan tertinggi (71) dan angka kematian tertinggi (15)."

"Satu lagi wilayah utara, Phrae melaporkan jumlah kecederaan paling ramai (68 orang). Hanya Sembilan daripada 77 wilayah yang bebas daripada kes kemalangan maut," kata Pol Jen Permpoon.

Pada 16 April, kemalangan jalan raya berjumlah 242 kes. telah mengakibatkan 32 orang maut dan 237 cedera. Punca utama kes-kes kemalanga ini adalah Memandu Laju yang menyumbang kepada 37.6% jumlah kemalangan, diikuti oleh Memandu Dalam Keadaan Mabuk (23.9%) dan Memotong Kenderaan Hadapan (21%). RR

sumber: https://www.bangkokpost.com

Popular

  • Model Baru

    Sah! SYM TTLBT Masuk Pasaran Negara Hujung 2025 atau Awal 2026 - Harga Anggaran RM50K

  • Model Baru

    SYM ADXTG 400 Masuk Malaysia Mei Ini - Harga Bawah RM30K

  • Warta Roda

    Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

  • Dari Litar

    CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

  • Warta Produk

    LS2 Perkenalkan Tiga Model Helmet Terbaru

Artikel berkaitan

Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

Kementerian Kerja Raya (KKR) Bangunkan Kemudahan Asas Lebih Selamat Buat Penunggang Motosikal

Mforce Bike Holdings Rancang Untuk Anjurkan MFORCE MOTORSHOW 2026

Motosikal dihanyut banjir. Mujur mangsa selamat.

MODENAS Elegan EX 'Facelift': Gaya & Ciri Dipertingkatkan. Harga asas RM17,780

Honda Vario 160 Terima Tiga Warna Baru - Bermula RM10,198

Insiden Putra Heights: MOT Sumbang 55 Unit Yamaha Ego Avantis Kepada Mangsa Terjejas

Kerjasama Ducati dan Lamborghini diteruskan lagi dengan penampilan model baru esok!

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kebakaran Saluran Gas: Kenderaan Cair, Akuarium Menggelegak....

Akuarium menggelegak, kereta dan motosikal cair akibat bahang panas melampau susulan kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya beberapa hari lalu yang diibaratkan sangat menakutkan, ibarat mimpi buruk kepada penduduk terlibat.

Warta Roda

Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

Sebuah kedai aksesori kereta di Taman Kebun Teh, di sini, termasuk tujuh motosikal yang berada di dalam premis berkenaan musnah dalam kebakaran yang berlaku pada lewat malam Isnin.

Dari Litar

Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

Hasrat pelumba pasukan Ducati Lenovo, Marc Marquez untuk mencipta kemenangan sermpurna di Litar Americas tidak kesampaian apabila terbabas pada lap ke-9 walaupun ketika itu sedang mendahului perlumbaan dengan agak selesa. Terdahulu, Marc telah membuktikan dominasinya apabila meraih kemenangan dalam saingan Sprint tanpa sebarang masalah.

Pandu Uji

Suzuki V-Strom 800DE: Sesuai Untuk Perjalanan Jauh & Dekat

Tempat-tempat yang sempat aku singgah kali ini bersama Suzuki V-Strom 800RE. Ya....model kembara 800cc dari Suzuki ini adalah kesinambungan daripada model DE yang telah kami uji tahun lalu. Kini, lengkapkan siri keluarga V-Strom 800 dengan benar-benar bersedia di pasaran dan mampu merentasi kepelbagai rupa bumi, cuaca dan destinasi pengembaraan.