Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 10 Disember 2019

Honda Asian Journey Kali Keempat Bersama Boon Siew Honda

Sekalung tahniah diucapkan buat Boon Siew Honda Sdn Bhd (BSH) dan Kumpulan Syarikat Honda Asia & Rantau Oceania atas kejayaan penganjuran Honda Asean Journey buat kali keempat berturut-turut. Malaysia sekali lagi dipilih sebagai tuan rumah untuk acara pengembaraan motosikal antarabangsa ini pada 30 Oktober – 3 November 2019.

Honda Asian Journey atau HAJ merupakan konvoi pengembaraan tahunan yang bertujuan untuk memberikan keseronokan menunggang jentera Honda. HAJ bermula pada tahun 2016 yang telah membawa para peserta dari negaranegara Asian untuk menunggang di seluruh semenanjung Malaysia melalui pelbagai jenis laluan yang indah sebelum menamatkan pengembaraan di perlumbaan Malaysian Motorcycle Grand Prix (MotoGP).

Untuk HAJ tahun ini, penganjur telah memutuskan menggunakan siri Honda CBR untuk membuktikan kemantapan kuasa dan ketangkasan disamping mengekalkan kualiti keseluruhan rekabentuknya di sepanjang perjalanan. “Siri Honda CBR berfungsi sebagai platform buat kami untuk menghasilkan sebuah jentera berprestasi tinggi dengan mewujudkan keseimbangan sempurna di antara kuasa dan ketangkasan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan BSH, En. Keiichi Yasuda di majlis makan malam HAJ 2019.

HAJ telah disertai oleh 70 orang penunggang terdiri daripada pelanggan, wartawan dan pengedar Honda dari Indonesia, Thailand, Vietnam, India, Filipina dan Malaysia. Sebelum pengembaraan dimulakan, para peserta terlebih dahulu telah diberi latihan tunggangan selamat dan keserasian pengendalian oleh tenaga pengajar BSH yang berpengalaman.

Majlis perlepasan telah disempurnakan oleh En. Ryo Takahashi dari Asian Honda Motor Co. Ltd dan En. Keiichi Yasuda yang sememangnya cukup berbangga dengan penggunaan jentera-jentera dari siri CBR untuk pengembaraan kali ini. Dengan bantuan 15 orang pegawai polis trafik, sebuah kereta peronda dan 25 krew marshal bertugas dari Pilot Escort Motorsport, perjalanan ternyata lebih lancar dan selamat.

Dari Litar Antarabangsa Sepang (SIC), jentera-jentera Honda dibawa dengan penuh gah ke Melaka. Melaka telah diisytiharkan oleh UNESCO sebagai Bandar Warisan Dunia dengan populasi rakyatnya seramai 929,800 yang terdiri daripada orang Melayu, Cina, India, Baba dan Nyonya. Para peserta sempat menikmati aktiviti kebudayaan dan merasai makanan tempatan ketika berada di negeri ini.

Pada hari ketiga, para peserta diberi peluang untuk singgah di Kampung Nelayan dan menikmati juadah makanan laut di sana. Dari Melaka, para peserta kemudiannya telah dibawa ke pusat peranginan tanah tinggi popular iaitu di Genting Highlands. Ternyata laluan berliku dan udara yang nyaman ketika mendaki ke Genting Highlands memberikan keterujaan buat semua peserta. Jentera-jentera Honda berjaya meratah setiap selekoh dengan pantas dan meyakinkan. Ini membuktikan ia cukup mudah ditunggang oleh semua jenis penunggang dan di mana sahaja ia dibawa.

Pengembaraan hari keempat telah membawa para peserta menuju ke pusat bandaraya Kuala Lumpur dengan peluang menikmati keindahan Menara Berkembar Petronas. Para tetamu dari luar negara turut diberi layanan istimewa menerusi majlis makan malam yang turut dimeriahkan dengan kehadiran para pelumba pasukan MotoGP Honda. Inilah peluang para peserta untuk melihat dengan lebih dekat pelumba kegemaran masingmasing untuk diabadikan di dalam kenangan.

Acara kemuncak HAJ ialah berkonvoi ke SIC untuk memberi sokongan kepada para pelumba Honda. Konvoi pada hari tersebut lebih besar dengan jumlah sekitar 1,000 orang penunggang apabila turut disertai oleh para pemilik jentera berkuasa tinggi Honda dan pemilik RS150R. Para peserta memulakan perjalanan di MAEPS, Serdang dengan kemas dan teratur.

Tahniah buat Honda apabila jagoan mereka, Marc Marquez telah mempamerkan kecemerlangannya di Malaysia dengan kejayaan menaiki podium di tempat kedua. Pelumba dari Sepanyol itu juga telah dinobatkan sebagai juara MotoGP 2019 di pusingan ke-15 litar Chang, Thailand pada awal Oktober lalu.

Bagi para peserta, HAJ telah memberikan 1001 pengalaman manis buat mereka. Selain dapat bertemu pelumba pujaan hati, mereka juga dapat melihat dan menikmati keindahan tempat dan budaya menarik di Malaysia. Diharap segala kenangan itu akan membawa mereka untuk kembali ke negara ini suatu hari nanti.

Antara kumpulan syarikat Honda di Asian & Oceania region yang turut sama menjayakan pengembaraan ini ialah PT Astra Honda Motor (Indonesia), A.P. Honda Co., Ltd. (Thailand), Honda Vietnam Co., Ltd. (Vietnam), Honda Philippines Inc. (The Philippines Honda Motorcycle and Scooter India Pvt., Ltd. (India) dan Asian Honda Motor Co., Ltd. RR

Isu Pada

Disember 2019

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Hong Leong Yamaha Motor Rasmikan Space Y, Muzium Motosikal Pertama di Malaysia

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Seorang peniaga maut selepas motosikal ditunggang terlibat kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Tengku Mizan, di sini pada Selasa.

Dari Litar

Akid Pertahankan Kejuaraan CP150

Tahniah buat Akid Aziz pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha - CKJ Racing meraikan gelaran juara keseluruhan CP150 dengan lebih awal.

EICMA 2024: Skuter Adventure Maksi Pertama Dari KYMCO!

Kymco memperkenalkan skuter pengembaraan maxi pertamanya di EICMA.

Warta Roda

KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024

Penganjuran KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024 yang dianjurkan semperna Hari Malaysia pada (15/9 - 16/9) lalu telah terlaksana dengan jayanya.