Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 27 Mac 2024

Triumph Perkenalkan Trident 660 Edisi Istimewa, 'Slippery Sam'

Triumph Motorcycles telah menampilkan Trident 660 Edisi Istimewa cukup menarik. Model edisi terhad ini menampilkan skema rekacorak grafik kontemporari dinamik yang dihasilkan untuk menarik minat peminat Triumph generasi baru.

Trident Triple Tribute mempunyai rekabentuk moden yang diilhamkan oleh jentera Triumph Triple yang terkenal, 'Slippery Sam'. Model ini merupakan satu-satunya motosikal yang pernah memenangi lima perlumbaan TT untuk lima tahun berturut-turut dalam Siri Pengeluaran iaitu dari tahun 1971 hingga 1975.

Jentera ini disempurnakan dengan warna skema putih, biru dan merah bersepadanan dengan garisan merah/biru yang turut menjadi kemasan pada bahagian skrin dan fairing bawah (sampan). Ia turut menampilkan grafik nombor '67' pada bahagian tangki seperti mana yang pernah menghiasi Trident 'Slippery Sam'. Trident 660 menampilkan lambang Triumph berkualiti tinggi dalam kedua-dua lampu depan dan lampu belakang.

Enjin 660cc, Euro 5, sistem penyejuk cecair ini memiliki hantaran kuasa setinggi 81 PS pada 10,250 rpm dan tork 64 Nm pada 6,250 rpm. Untuk kualiti menunggang yang mengagumkan, model ini hadir dengan penyerap hentak Showa jenis terbalik berwarna hitam dipadankan dengan penyerap hentak tunggangan Showa di belakang. Tinggi pelana 805mm manakala beratnya pula hanya 189kg, membantu kawalan lebih mudah untuk semua golongan penunggang. RR

Antara yang menarik:

  • Lampu-lampu LED
  • Sistem Shift-Assist
  • Mod Tunggangan: Road & Rain
  • Sistem ABS
  • Traction Control
  • Panel meter TFT
  • Soket USB
  • Sistem Tyre Pressure Monitoring System 'TPMS'

Popular

  • Model Baru

    Sah! SYM TTLBT Masuk Pasaran Negara Hujung 2025 atau Awal 2026 - Harga Anggaran RM50K

  • Model Baru

    SYM ADXTG 400 Masuk Malaysia Mei Ini - Harga Bawah RM30K

  • Warta Roda

    Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

  • Dari Litar

    CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

  • Warta Produk

    LS2 Perkenalkan Tiga Model Helmet Terbaru

Artikel berkaitan

Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

Kementerian Kerja Raya (KKR) Bangunkan Kemudahan Asas Lebih Selamat Buat Penunggang Motosikal

Mforce Bike Holdings Rancang Untuk Anjurkan MFORCE MOTORSHOW 2026

Motosikal dihanyut banjir. Mujur mangsa selamat.

MODENAS Elegan EX 'Facelift': Gaya & Ciri Dipertingkatkan. Harga asas RM17,780

Honda Vario 160 Terima Tiga Warna Baru - Bermula RM10,198

Insiden Putra Heights: MOT Sumbang 55 Unit Yamaha Ego Avantis Kepada Mangsa Terjejas

Kerjasama Ducati dan Lamborghini diteruskan lagi dengan penampilan model baru esok!

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

Dua remaja maut selepas motosikal bertembung dengan lori treler.

Warta Roda

Motosikal dihanyut banjir. Mujur mangsa selamat.

Seorang peneroka melalui pengalaman cemas apabila motosikal ditunggangnya terbalik dibawa arus ketika cuba meredah laluan dinaiki banjir di Felda Air Tawar 3 di sini.

Warta Roda

Tiga Warna Terbaru Untuk Yamaha Y16ZR ABS 2025

Hong Leong Yamaha Motor hari ini mengumumkan pengenalan kepada 3 warna terbaru untuk model Y16ZR ABS 2025. Warna-warna menarik tersebut terdiri ialah Fiery Red, Desert Steel dan Emerald Pearl.

Warta Roda

Dua Penunggang Wanita Maut Motosikal Bertembung

Seorang wanita dan seorang lagi remaja wanita maut selepas motosikal yang ditunggang mereka bertembung sesama sendiri.