Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 25 Mac 2024

Program Amal AMI-SUZUKI Bubur Lambuk 2024

Suzuki Malaysia baru-baru ini telah menganjurkan satu program kemasyarakatan iaitu AMI-SUZUKI Bubur Lambuk 2024 yang bertempat di pejabat mereka di Glanmarie Shah Alam untuk diedarkan kepada orang ramai di sekitar Shah Alam. Hadir pada program amal tersebut ialah Pengurus Besar dan Pengarah Suzuki Malaysia Sdn Bhd, Dato’ Jeffrey Lim turut serta membantu menjayakan program ini

Bubur lambuk merupakan antara juadah berbuka puasa yang popular di Malaysia pada bulan Ramadhan. Proses memasak bubur  lambuk istimewa ramuan Chef Azhalin dan Chef Zaidi bermula sejak pagi lagi dengan bantuan kakitangan Suzuki.

Pujian harus diberikan kepada para sukarelawan yang telah bertungkus lumus menyediakan sekurang-kurangnya 2,000 bekas bubur lambuk pada jam 2.00 petang untuk diedarkan ke balai bomba, pejabat MBPJ, istana mestika, balai polis, masjid-masjid, rumah-rumah anak yatim dan bazar ramadhan di Bazarena Shah Alam.

Ketibaan rider-rider Konvoi Kasih Suzuki Malaysia Familia untuk bersama-sama mengedarkan bubur lambuk pada sebelah petang telah memeriahkan lagi suasana. Pada jam 3.00 petang, para pemilik Suzuki mula bergerak ke Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari untuk bertemu dengan anak-anak yatim. Selepas selesai, konvoi kemudian menuju ke Bazarena Stadium Shah Alam bagi mengagihkan bubur lambuk kepada orang ramai.

Pihak Suzuki berharap program seperti ini akan menarik lebih banyak lagi orang ramai untuk memberikan sumbangan amal kepada mereka yang kurang berkemampuan. Melalui program ini juga dapat memberikan peluang buat penganjur dan para peserta beramal di bulan yang mulia serta merapatkan lagi hubungan kekeluargaan di antara kakitangan Suzuki dan para pemilik Suzuki. RR

Isu Pada

Mei 2024

Popular

  • Warta Roda

    Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

  • Dari Litar

    Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Artikel berkaitan

Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Dua Penunggang Wanita Maut Motosikal Bertembung

Majlis Penyerahan Triumph Tiger Sport 800 Kepada Para Pembeli Terawal

Polis mula siasat kes pukul penunggang motosikal

Seorang maut, tujuh lagi cedera kemalangan motosikal

Zynergys & Helios Bekerjasama Dengan Beberapa Pasukan Yang Bertanding di MCP, ARRC dan MSF

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

Seorang lelaki yang dipercayai berang selepas anaknya dilanggar menumbuk pemandu kereta jenis Perodua Axia dalam kejadian di Bazar Aidilfitri Dataran Senawang.

Model Baru

CFMOTO Malaysia Lancar 700MT – RM33,888

CFMOTO Malaysia telah melancarkan model Adventure Touring iaitu 700MT.

Dari Litar

"I'll Be Back!" - Francesco Bagnaia yakin masanya akan tiba!

Perlumbaan MotoGP pusingan 2 di Argentina baru-baru ini ternyata memberikan kenangan manis buat pasangan adik beradik Marc dan Alex Marquez yang memenangi perlumbaan masing-masing di tempat pertama dan kedua. Platform media sosial 'meletup' dengan pelbagai video aksi kedua-dua pelumba tersebut.

Warta Roda

Penunggang motosikal maut terbabas ke dalam parit

Seorang lelaki berusia 57 tahun maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas dan masuk ke dalam parit di Jalan Kampung Engkeramut.