Mforce Smartshop Terbaru Di Puchong!
Sejajar dengan peningkatan peratusan jualan jentera dari Mforce Bike Holdings Sdn Bhd, syarikat ini telah merasmikan sebuah kedai eksklusif iaitu Mforce SmartShop pada 27 Oktober lalu bertempat di No 2 Jalan TPP 1/12, Taman Perindustrian Puchong, 47100 Puchong, Selangor.
Hadir menyempurnakan majlis pelancaran pada hari itu ialah Pengurus Besar Operasi Mforce Bike Holdings Sdn Bhd, En. Asri Ahmad yang ditemani oleh Pengarah Urusan Chai Ken Motorcycles Sdn Bhd, Dato Ang Chai Kian dan Pengerusi Persatuan Pengedar Motosikal dan Skuter Malaysia, En. Wee Hong.
Bilik pameran dan pusat servis ini dimiliki oleh Chai Ken Motorcycles Sdn Bhd yang menawarkan penjualan pelbagai jenis jenama motosikal seperti Benelli, SYM, SM Sport, Keeway, Brixton, WMoto dan skuter elektrik NIU. Para pengunjung turut akan berpuas hati dengan adanya pusat servis dan penjualan alat ganti tulen. Mforce SmartShop beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 7.00 petang pada hari Isnin hingga Jumaat, manakala pada hari Sabtu pula, ia dibuka dari jam 9.00 pagi – 6.00 petang. Untuk memberikan perkhidmatan terbaik, pusat servis ini turut dibuka pada hari Ahad bermula jam 10.00 pagi – 5.00 petang.
Pada majlis yang sama, Mforce Bike Holdings juga turut memperkenalkan SYM VF3i versi terbaru tampil dengan warna yang lebih segar dan menarik. Model ini dijana dengan enjin bersesaran 183cc, silinder tunggal, SOHC, sistem penyejuk cecair serta suntikan bahan api yang mematuhi piawaian EURO 3 dan mampu menawarkan kuasa 13.2kW pada 8,500rpm.
SYM VF3i V2 didatangkan dalam dua varian iaitu edisi biasa dan edisi khas. Bagi edisi biasa ditawarkan pada harga RM8,338 dengan tiga pilihan warna iaitu biru, merah dan kelabu. Manakala untuk edisi khas tampil dengan warna emas dan boleh didapati pada harga RM8,638. Kedua-dua harga tidak termasuk SST dan bayaran lain. RR
Popular