Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 11 Mac 2024

HLYM Anjur Fiesta Ride Smart, Ride Selamat

Dengan kerjasama Persatuan Pengedar Motosikal dan Skuter Malaysia (MMSDA), Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) telah melancarkan evolusi acara tahunan Kempen Keselamatan Jalan Raya yang dahulu dikenali sebagai Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung yang kini dikenali sebagai Fiesta Ride Smart, Ride Selamat.

Dari kiri: Datuk Wee Hong, CIk  Ahirine Ahirudin, Profesor Dato' Dr. Jim Khor dan En. Taketoshi Takabayashi merasmikan acara Fiesta Ride Smart, Ride Selamat.
Dari kiri: Datuk Wee Hong, CIk Ahirine Ahirudin, Profesor Dato' Dr. Jim Khor dan En. Taketoshi Takabayashi merasmikan acara Fiesta Ride Smart, Ride Selamat.

Acara tersebut juga bersempena dengan sambutan Jubli Perak ke-25 dan Hari Wanita Antarabangsa yang menjurus kepada penekanan terhadap tunggangan lebih selamat khususnya buat penunggang wanita. Ini mencerminkan komitmen HLYM dalam memupuk pendekatan berpaksikan komuniti terhadap keselamatan jalan raya.

Pengiktarafan Malaysia Book of Record.
Pengiktarafan Malaysia Book of Record.

Para peserta boleh menyertai pelbagai aktiviti menarik yang dianjurkan. Antaranya Dewi Smart Ride Challenge, PW 50 Ride, Treasure Hunt, Permainan Video, dan banyak lagi, dengan berpeluang memenangi 2 unit Motosikal dan hadiah menarik lain.

Tidak lupa juga, pemeriksaan motosikal percuma untuk semua jenama motosikal disediakan bagi memastikan keselamatan sebelum memulakan perjalanan. Terdapat ruang jualan dan perkhidmatan yang terdiri daripada pelbagai pengeluar dan agensi.

Penganjuran Fiesta Ride Smart, Ride Selamat menyaksikan rekod baharu dilakar di Malaysia Book of Record (MBOR) dengan kejayaan mengumpulkan penunggang motosikal wanita terbesar dalam satu acara dengan jumlah 1,010 orang penunggang termasuk dari Kelab Dewi Yamaha Malaysia. Tahniah diucapkan! RR

Isu Pada

April 2024

Popular

  • Warta Roda

    Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

  • Dari Litar

    Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Artikel berkaitan

Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Dua Penunggang Wanita Maut Motosikal Bertembung

Majlis Penyerahan Triumph Tiger Sport 800 Kepada Para Pembeli Terawal

Polis mula siasat kes pukul penunggang motosikal

Seorang maut, tujuh lagi cedera kemalangan motosikal

Zynergys & Helios Bekerjasama Dengan Beberapa Pasukan Yang Bertanding di MCP, ARRC dan MSF

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Seorang maut, tujuh lagi cedera kemalangan motosikal

Sebanyak 10 motosikal dan sebuah treler terbabit dalam kemalangan yang berlaku di Kilometer (KM) 221.5, Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) arah selatan awal pagi Sabtu lalu yang mengakibatkan seorang remaja maut manakala tujuh lagi cedera.

Model Baru

Honda X-ADV 750 2025 Tiba di Pasaran Negara - Harga Bermula RM69,999

Boon Siew Honda (BSH) dengan bangganya memperkenalkan skuter adventure generasi terbaru untuk pasaran negara iaitu Honda X-ADV 750 2025.

Model Baru

Aveta DY115 Baharu Diperkenalkan - Harga Bermula RM3,988

Aveta Malaysia telah memperkenalkan model terbaru untuk pasaran negara iaitu DY115.

Model Baru

X-Wedge Sedia 'Gegarkan' Pasaran Cruiser Negara. Cadang Buka 4 Cawangan Pengedar

X-Wedge merupakan jenama premium di China yang menawarkan motosikal berkonsepkan Cruiser. Ya...Berbanding dengan kebanyakan jenama lain yang memberi fokus pada jentera-jentera skuter maksi, kembara dan sportbike, X-Wedge menceburi pasaran yang berbeza sama sekali.