Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 8 Mac 2024

Cikgu Ben Zaid Dapat Hadiah Aveta Ranger Max Explorer

Aveta Malaysia telah menghadiahkan 3 unit motosikal Aveta Ranger Max Explorer kepada Cikgu Ben Zaid bersama-sama dengan dua rakan pengajarnya. Pemberian motosikal ini adalah komitmen Aveta bagi membantu guru-guru tersebut meneruskan khidmat mendidik dan mengajar anak-anak masyarakat Orang Asli di kawasan pedalaman di Kelantan.

Dari kiri: Cikgu Ben Zaid, En. Max Ang Keng Seng dan En. Steven Lim.
Dari kiri: Cikgu Ben Zaid, En. Max Ang Keng Seng dan En. Steven Lim.

Setiap minggu, Cikgu Ben Zaid dan rakan-rakan guru yang bertugas di Sekolah Kebangsaan (SK) Balar, Gua Musang, Kelantan akan menempuh perjalanan sejauh 60km laluan balak dan berbukit serta hutan belantara untuk sampai ke destinasi.

Cikgu Ben bersama keluarga tercinta.
Cikgu Ben bersama keluarga tercinta.

Dalam keadaan cuaca yang baik, perjalanan mereka ke kawasan pedalaman mengambil masa kira-kira 3 jam sahaja. Bagaimanapun, ketika musim hujan, laluan tersebut menjadi berbahaya dan perjalanan mungkin mengambil masa 10 jam.

Rakan guru Cikgu Ben bersama Aveta Ranger Max Explorer. Foto: Tangkap layar saluran Youtube - Cikgu Offroad.
Rakan guru Cikgu Ben bersama Aveta Ranger Max Explorer. Foto: Tangkap layar saluran Youtube - Cikgu Offroad.

Cikgu Ben, turut dikenali sebagai ‘Cikgu Offroad’ pernah tular di media sosial dengan perkongsian video perjalanan guru-guru tersebut berulang-alik ke perkampungan Orang Asli yang cukup mencabar.

Ramai warganet telah menghubungi pihak Aveta dan memberi cadangan untuk menghadiahkan motosikal Ranger Max Explorer buat para guru tersebut memandangkan model tersebut tahan lasak dan berkeupayaan mengharungi bentuk muka bumi yang mencabar dan di kawasan terpencil.

Foto: Tangkap layar saluran Youtube - Cikgu Offroad.
Foto: Tangkap layar saluran Youtube - Cikgu Offroad.
Foto: Tangkap layar saluran Youtube - Cikgu Offroad.
Foto: Tangkap layar saluran Youtube - Cikgu Offroad.
Foto: Tangkap layar saluran Youtube - Cikgu Offroad.
Foto: Tangkap layar saluran Youtube - Cikgu Offroad.

“Mendidik anak-anak murid saya di Pos Balar ialah tanggungjawab istimewa yang sanggup saya terima. Tidak dinafikan ada pelbagai cabaran yang kami hadapi sepanjang perjalanan. Bagaimanapun, pendidikan amat penting buat seluruh rakyat Malaysia khususnya membakar semangat saya untuk menyahut cabaran ini,” kata Cikgu Ben Zaid.

“Saya terhutang budi kepada pengikut saluran media sosial saya yang menyebarkan misi kepada Aveta Malaysia. Semestinya sumbangan ini akan membantu memenuhi tanggungjawab kami sebagai tenaga pengajar,” kata Cikgu Ben Zaid di majlis penyerahan yang diadakan di Royale Chulan, Damansara.

Foto: Tangkap layar saluran Youtube - Cikgu Offroad.
Foto: Tangkap layar saluran Youtube - Cikgu Offroad.
Cikgu Ben Zaid bersama Aveta EXplorer Ranger Max Explorer. Foto: Tangkap layar saluran Youtube - Cikgu Offroad.
Cikgu Ben Zaid bersama Aveta EXplorer Ranger Max Explorer. Foto: Tangkap layar saluran Youtube - Cikgu Offroad.

Steven Lim, Pengarah Urusan Aveta Malaysia, berkata “Semasa kami melancarkan Ranger Max Explorer, kami menerima pelbagai ulasan dan komen daripada warganet, yang semuanya memaparkan kisah kegigihan dan kesungguhan Cikgu Ben dan rakan-rakan pendidiknya. Ketabahan guru-guru ini untuk mendidik anak-anak Orang Asli benar-benar memberi inspirasi kepada kami. Usaha murni mereka telah menyentuh hati kami dan mendorong kami untuk menghulurkan bantuan.”

“Oleh sebab itu, tiga unit motosikal ini kami lengkapkan khusus untuk menempuh muka bumi yang lasak bagi meringankan beban Cikgu Ben dan pasukannya. Malah, kami turut memberikan waranti 2 tahun kepada mereka supaya mereka tidak perlu bimbang berkenaan motosikal mereka dan menumpukan perhatian kepada tanggungjawab mendidik. Guru-guru seperti Cikgu Ben dan ramai lagi di seluruh negara berusaha gigih untuk meningkatkan kualiti pendidikan anak bangsa tidak kira di sekolah mana sekalipun.”

Maklumat lanjut mengenai Ranger Max boleh didapati di https://www.aveta.com.my/rangermax/. RR

Popular

  • Model Baru

    Sah! SYM TTLBT Masuk Pasaran Negara Hujung 2025 atau Awal 2026 - Harga Anggaran RM50K

  • Model Baru

    SYM ADXTG 400 Masuk Malaysia Mei Ini - Harga Bawah RM30K

  • Warta Roda

    Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

  • Dari Litar

    CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

  • Warta Produk

    LS2 Perkenalkan Tiga Model Helmet Terbaru

Artikel berkaitan

Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

Kementerian Kerja Raya (KKR) Bangunkan Kemudahan Asas Lebih Selamat Buat Penunggang Motosikal

Mforce Bike Holdings Rancang Untuk Anjurkan MFORCE MOTORSHOW 2026

Motosikal dihanyut banjir. Mujur mangsa selamat.

MODENAS Elegan EX 'Facelift': Gaya & Ciri Dipertingkatkan. Harga asas RM17,780

Honda Vario 160 Terima Tiga Warna Baru - Bermula RM10,198

Insiden Putra Heights: MOT Sumbang 55 Unit Yamaha Ego Avantis Kepada Mangsa Terjejas

Kerjasama Ducati dan Lamborghini diteruskan lagi dengan penampilan model baru esok!

Disyorkan untuk anda
Model Baru

SYM ADXTG 400 Sah Masuk Malaysia... Adakah TTLBT 508 akan ikut serta?

Tinggal beberapa hari sahaja lagi kami (RR) akan di kilang SYM di Taiwan untuk melihat dan menunggang uji skuter adventure terbaru iaitu ADXTG 400. Tapi... adakah SYM TTLBT pun akan masuk ke pasaran negara?

Warta Roda

Motosikal dihanyut banjir. Mujur mangsa selamat.

Seorang peneroka melalui pengalaman cemas apabila motosikal ditunggangnya terbalik dibawa arus ketika cuba meredah laluan dinaiki banjir di Felda Air Tawar 3 di sini.

Dari Litar

Adakah Toprak Mampu Mendominasi Saingan WSBK Lagi?

Juara WSBK 2024, Toprak Razgatlioglu akhirnya kembali ke podium tertinggi selepas melakukan magik untuk mencipta mencipta sejarah kemenangan ke-59 dan ke-60 dan menyempurnakan hatrik dalam saingan pusingan 2 yang berlangsung di Litar Autodromo Internacional do Algarve baru-baru ini.

Warta Roda

Zynergys & Helios Bekerjasama Dengan Beberapa Pasukan Yang Bertanding di MCP, ARRC dan MSF

Zynergys dan Helios telah menjalinkan kerjasama dengan beberapa pasukan yang bersaing di MCP, ARRC dan MSF Superbike.