Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 6 Mac 2024

Triumph Bonneville 'Elvis Presley' Edisi Istimewa Dijual Untuk Tujuan Amal

Model Triumph Bonneville 'Elvis Presley' edisi istimewa yang cukup unik dan dipadankan dengan gitar Gibson Les Paul telah dijual pada harga $20,000 di Lelongan Pulau Amelia, Florida yang dianjurkan Bonhams|Cars pada 29 Februari yang lalu. Lelongan tersebut adalah untuk membantu Yayasan Amal Elvis Presley, yang meneruskan legasi murni Elvis yang sentiasa menyokong penuh pelbagai aktiviti dan kerja amal.

Jentera tersebut, model T120 yang menampilkan reka bentuk hasil tangan artis seni dan juga pemenang anugerah, J Daar yang diilhamkan oleh Triumphs 'Memphis Mafia' dan Bonneville Desert Sled yang ditampilkan dalam filem Stay Away, Jo pada tahun 1968 yang lalu. Ia juga dipengaruhi oleh penampilan ikonik Elvis dalam siaran televisyen 'Comeback Special 1968' yang menampilkan warna merah, perak dan emas.

Jentera istimewa itu telah diperkenalkan pada Festival Barber Vintage 2023 di Birmingham Alabama dan kemudiannya dipamerkan di Muzium Automobil Presley Motors, Graceland. Pemuzik legenda dan ikon budaya itu terkenal dengan minatnya terhadap dunia motosikal. Pengenalan Elvis kepada motosikal Triumph adalah pada tahun 1965 semasa beliau sedang bercuti daripada sesi penggambaran.

Elvis Presley menunggang Triumph dalam filem 'Stay Away Joe' tahun 1968.
Elvis Presley menunggang Triumph dalam filem 'Stay Away Joe' tahun 1968.

Ketika Elvis dan rakan-rakan rapatnya (dikenali sebagai 'Memphis Mafia') bergembira dan menikmati cuti di rumahnya. Salah seorang daripada rakannya iaitu Jerry Schilling telah membeli Triumph T120 Bonneville baharu dan Elvis mengambil peluang menunggang motosikal tersebut sekitar kawasan kejiranan. Elvis kagum, dan apabila dia kembali, dia memberitahu pengurusnya, Alan Fortis untuk membelikan semua rakan-rakannya seorang sebuah motosikal. Begitulah kisahnya!

Gitar Les Paul disumbangkan oleh Gibson, juga mendapat sentuhan J Daar dan ditawarkan bersama motosikal itu. Pemilihan gitar Gibson itu juga merupakan satu lagi contoh gaya hidup Elvis. Ketika beliau sedang berlatih untuk siaran 'Comeback Special, Elvis menggunakan gitar Les Paul yang kemudian telah dihadiahkan kepada chefnya. RR

Isu Pada

April 2024

Popular

  • Warta Roda

    Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

  • Dari Litar

    Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Artikel berkaitan

Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Dua Penunggang Wanita Maut Motosikal Bertembung

Majlis Penyerahan Triumph Tiger Sport 800 Kepada Para Pembeli Terawal

Polis mula siasat kes pukul penunggang motosikal

Seorang maut, tujuh lagi cedera kemalangan motosikal

Zynergys & Helios Bekerjasama Dengan Beberapa Pasukan Yang Bertanding di MCP, ARRC dan MSF

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

Seorang lelaki yang dipercayai berang selepas anaknya dilanggar menumbuk pemandu kereta jenis Perodua Axia dalam kejadian di Bazar Aidilfitri Dataran Senawang.

Warta Roda

Seorang maut, tujuh lagi cedera kemalangan motosikal

Sebanyak 10 motosikal dan sebuah treler terbabit dalam kemalangan yang berlaku di Kilometer (KM) 221.5, Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) arah selatan awal pagi Sabtu lalu yang mengakibatkan seorang remaja maut manakala tujuh lagi cedera.

Model Baru

BENDA Chinchilla 500 Masuki Pasaran Negara – RM27,888

BENDA Malaysia telah memperkenalkan jentera cruiser kelas pertengahan untuk pasaran negara iaitu BENDA Chinchilla 500.

Model Baru

Produksi Ducati XDiavel V4 bermula. Akan dipasarkan ke Eropah terlebih dahulu bermula Mei ini.

Ducati memaklumkan bahawa pengeluaran untuk jentera 'Sport Cruiser' XDiavel V4 baru telah pun bermula.