Karnival Borneo Aveta 2024 Dapat Sambutan Meriah
Karnival Borneo Aveta julung kali diadakan di Golden Centre, Putatan telah meninggalkan kesan yang mendalam di hati peminat motosikal dan komuniti setempat. Penganjuran Aveta Malaysia ini telah membuktikan komitmen dan kesungguhan yang tinggi kepada pelanggan setianya di Sabah.
Acara ini mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan daripada peminat motosikal, dengan kehadiran ratusan peserta yang mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti menghiburkan yang disediakan. Antara yang menarik adalah sesi test ride yang memberi berpeluang buat hadirin untuk merasai sendiri pengalaman menunggang jentera Ranger Max Explorer.
Selain itu diadakan juga pertandingan Menunggang Motor Perlahan, Pertandingan Tolak Motor dan Pertandingan Teka Kunci Motor Aveta yang telah menerima penyertaan yang banyak daripada para pengunjung. Sementara itu bagi pertandingan motosikal Custom Aveta yang dibahagikan kepada dua kategori - Aveta Ranger 110 Custom Terbaik dan Motosikal Aveta Custom Terbaik. Di 'pentas' ini, kita dapat melihat para peserta telah mempamerkan beberapa modifikasi yang menakjubkan.
Malah, acara ini juga bertindak sebagai platform kepada penjual tempatan bagi mengetengahkan produk makanan, minuman, dan aksesori motosikal unik mereka dengan lebih dekat kepada para pengunjung.
Sesi cabutan bertuah pula merupakan tarikan utama pada acara tersebut, dengan hadiah utama merupakan sebuah unit motosikal Ranger 110. Pengunjung juga berpeluang menerima pelbagai merchandise dan hadiah Aveta di sepanjang karnival tersebut berlangsung di samping turut dihiburkan dengan persembahan daripada kumpulan band tempatan, SawadeeKrapp StreetJam.
Karnival Borneo Aveta 2024 kini telah menetapkan piawaian tinggi untuk acara seumpamanya di masa hadapan, dengan menjanjikan lebih banyak aktiviti dan penglibatan yang lebih meluas daripada peminat motosikal dan komuniti di Sabah. RR
Popular