Dodge Kini Kereta Rasmi WorldSBK 2024
Dorna WSBK mengalu-alukan Dodge sebagai Official Car dan Official Safety Car untuk musim 2024. Jenama automotif Amerika yang ikonik itu bersedia untuk menjadi rakan kongsi eksklusif, dan meningkatkan dimensi kuasa dan gaya baharu WSBK. Perkongsian itu mempamerkan gabungan sempurna watak dan kelajuan, sesuai dengan Dodge.
Kuasa dan prestasi Dodge yang cemerlang di litar perlumbaan dan kejuaraan DRAG akan bergema di hadapan para peminat WorldSBK, bermula di Litar Antarabangsa Catalunya pada 22-24 Mac nanti. Dodge Challenger SRT, dilengkapi dengan enjin ikonik 6.2L HEMI V8 yang menghasilkan 717hp dan ini adalah bukti prestij dan kesediaan pihak penganjur untuk memastikan pegawai dapat membuat penilaian litar dan memberi respon dengan pantas.
Menyempurnakan kolaborasi ini ialah dua buah model SUV Dodge yang akan digunakan sebagai kenderaan rasmi untuk Race Direction dan Pegawai Keselamatan FIM. Kedua-dua buah SUV itu terdiri daripada Dodge Durango SRT Hellcat dengan enjin 6.2L V8, berkuasa 710hp dan Dodge Durango SRT berenjin 6.4L Hemi V8 yang berkuasa 475hp. RR