Muzium Motosikal Di Puncak Gunung
Keajaiban memang berlaku! Ini dibuktikan dengan kelahiran dan pembangunan semula hidup sebuah muzium di puncak pergunungan atau 'Top Mountain Motorcycle Museum' di Austria hanya dalam masa tidak sampai setahun selepas hampir musnah dijilat api.
Pada 2016, saudara kembar Attila dan Alban Scheiber, yang ketika itu berusia 49 tahun, membuka muzium motor tertinggi di Eropah pada ketinggian 2,160m/7,021 kaki di atas paras laut, di pintu masuk ke Timmelsjoch High Alpine Road (atau lebih dikenali sebagai Passo del Rombo).
Terdapat jalan raya bertol persendirian yang menghubungkan Austria dan Itali. Untuk harga bayaran tol sehala pada 2023 adalah bernilai €18 untuk kereta dan €16 untuk motosikal. Pelawat boleh menikmati pemandangan yang lebih indah jika cara perjalanan yang lebih perlahan (kerana lebih sempit) antara wilayah Tirol Austria dan wilayah Aldo Adige di Itali berbanding Brenner Pass yang berjarak 25km/15bt ke Timur. Ia lebih popular dengan penunggang motosikal kerana trak besar adalah dilarang menggunakan jalan raya ini.
Jalan ini juga merupakan laluan yang paling sibuk tahun sebelum Covid pada 2017. Sebanyak 190,259 kenderaan melepasi Pas Timmelsjoch, dan 75,550 daripadanya adalah motosikal. Beberapa pengeluar roda dan empat roda menggunakan liku-liku dramatik jalan raya sebagai kursus dan ujian untuk model-model baru dan prototaip mereka, jadi kenderaan yang menggunakan stiker atau warna penyamaran memang sering dilihat di sini.
Angelus Scheiber, datuk kepada kembar itu, adalah seorang perintis dunia pelancongan mendapat sokongan daripada kerajaan wilayah Tirol telah membina jalan berturap pertama di atas Pas Timmelsjoch pada tahun 1950-an. Kerja-kerja pembinaan bermula pada tahun 1955, mengikut laluan perdagangan lama yang asalnya bekas-bekas dipijak oleh keldai. Jalan bertol ini telah siap dibuka pada Julai 1959.
Pada tahun 2000 keluarga Scheiber 'mengambil' jalan dan jadikannya laluan persendirian secara tertutup dengan membelinya daripada pihak kerajaan. Ini bermakna mereka mempunyai hak muktamad untuk mengutip dan menyimpan bayaran tol tersebut sepenuhnya.
Pada masa yang sama, mereka juga memiliki 25 lif ski di kawasan sekitar yang memberikan akses untuk jalan 125km kepada 6,000 peminat sukan musim sejuk pada satu-satu masa. Terima kasih kepada anugerah tempat beraltitud tinggi ini yang dibuka untuk kita bermain ski dari pertengahan November hingga awal Mei. Terdapat juga heliport di Hochgurgl bagi membolehkan pemain ski yang kaya terbang masuk dan mendarat di atas salji. Pemain ski kayangan ini kemudian dibawa kembali menaiki jet peribadi mereka yang diletakkan di Lapangan Terbang Innsbruck sejauh 100km.
Keuntungan daripada perniagaan membolehkan kedua-dua adik beradik pencinta motosikal melabur sejumlah €23 juta untuk membina muzium motosikal persendirian mereka sendiri. Muzium ini sepatutnya dibuka pada 18 Ogos 2016 oleh Giacomo Agostini, diikuti dengan pertunjukan aksi hebat oleh Pasukan Akrobatik Red Bull.
Ruang pameran adalah seluas 2,400m² (26,000 kaki²) dan ia digabungkan Pusat Pengumpulan Tol Timmelsjoch Pass, beserta restoran yang mampu memuatkan 300 tempat duduk dalam bangunan yang sama. Terdapat lagi ruang untuk di bahagian luar yang dapat menampung seramai 400 orang tetamu.
Tempat ini juga dilengkapkan dengan akses ke lif kereta kabel Kirchenkarbahn baru selepas bangunan asal telah disepadukan ke dalam kompleks Muzium. Terdapat beberapa buah gondola bersaiz 10-penumpang yang mengangkut sehingga 2,400 orang setiap satu jam ke zon aktiviti milik keluarga Scheiber.
Muzium ini mempamerkan sejumlah 350 buah motosikal, 170 daripadanya dimiliki oleh Scheibers sendiri manakala selebihnya dipinjamkan oleh pengumpul dan muzium lain di seluruh dunia. Untuk tujuan ini, ia diketuai oleh Pengumpul Koleksi Jerman terkenal iaitu Dieter Mark Upham bersama jentera Indian Velocette 500.
Mutschler. Dieter juga telah menyediakan banyak motosikal miliknya untuk muzium ini.
Muzium Motosikal Top Mountain Crosspoint, seperti yang dikenali secara rasmi, telah diiktiraf kerana uniknya seni rekabentuk oleh seni bina arkitek muda dari Tirol dan juga seorang pemilik/penunggang motosikal vintaj iaitu Michael Brötz. Konsep rekabentuk muzium ini adalah seperti 'gelombang salji' yang meluncur dari sisi gunung dan Michael Brötz telah menewaskan empat lagi pencipta yang turut memasuki persaingan rekacipta muzium ini.
Selepas tiga tahun setengah, muzium ini membina reputasi global sebagai pusat tarikan pelancongan sepanjang tahun. Ketika musim sejuk, tempat ini hanya boleh dikunjungi melalui laluan dari bahagian utara Austria. Terdapat juga jalan berselekoh sejauh 29km sehingga ke Timmelsjoch di sebelah Itali dan mendaki ketinggian 1800 meter beserta 'hairpin'. Cuma di sini, salji akan turun selama empat bulan dalam setahun.
Tetapi pada malam 18 Januari 2021, semasa muzium masih ditutup ekoran penularan Covid-19 di Austria, telah berlakunya kebakaran besar. Laporan diterima pada jam 4 pagi, yang kemudiannya dikesan adalah kerana berlakunya litar pintas pada bahagian paparan TV skrin besar di dewan Pameran muzium.
Seluruh Muzium telah terbakar dan walaupun perkhidmatan bomba sukarela tempatan tiba dengan cepat dan berjaya menghalang kebakaran merebak ke restoran dan stesen kereta kabel tetapi bahagian atas muzium yang menempatkan majoriti motosikal yang dipamerkan termasuk segelintir kereta Klasik, telah musnah.
Muzium itu sebahagian besarnya diperbuat daripada kayu, dan sangat mengejutkan tidak mempunyai sistem pemercik air yang amat penting - terutamanya selepas kebakaran Muzium Motosikal Negara Britain pada tahun 2003 yang juga tidak mempunyai sistem pemercik air. Jadi Top Mountain Motorcycle Museum yang berada di ketinggian 2,160 meter paras laut.
tidak mengejutkan ia musnah sepenuhnya, walaupun bernasib baik tiada siapa yang cedera kerana ia berlaku pada waktu malam. Namun begitu, kira-kira 230 motosikal Klasik dan sebilangan kecil kereta telah musnah.
Walau bagaimanapun,terdapat satu bahagian ruang pameran yang telah terlepas daripada terbakar iaitu ruang aras tingkat bawah tanah Scheibers yang dicipta untuk pameran khas. Ruang ini menyimpan, pelbagai model motosikal termasuk 53 buah Indian, dan trak Chevvy. “Kami telah menganjurkan pameran jentera vintaj Indian terbaik yang pernah ada di Eropah, dan semua yang terselamat daripada kebakaran itu,” kata Attila Scheiber.
Kerangka pelbagai model dilihat telah cair, enjin juga telah menjadi ketulan logam cair yang tidak dapat dikenali manakala segala yang berkaitan dengan aluminium, komponen magnesium, plastik atau seramik tidak dapat diselamatkan. Untuk menyenaraikan berpuluh-puluh motosikal yang telah hilang selama-lamanya sememangnya terlalu menyedihkan.
Tetapi untuk memberi sedikit gambaran tentang betapa buruknya bencana ini, tidak kurang daripada 13 Brough Superior telah musnah. Antara yang selamat termasuklah satu daripada enam model terhad George Brough berenjin empat silinder yang diketahui masih wujud, telah dihantar kepada pemulih terkenal Sam Lovegrove di Britain, yang akan cuba menghidupkannya semula.
Tetapi kira-kira sedozen jentera superbike pertama di dunia telah tiada untuk selama-lamanya. Dalam proses pembersihan yang dilakukan selepas itu, Scheibers terpaksa 'membuang' lebih 250 buah motosikal. Hampir kesemuanya tidaklah bernilai tinggi kerana ia model berkapasiti kecil termasuk moped dan seumpamanya.
Setelah insurans dibayar, semua baki motosikal yang telah rosak telah dijual dalam satu lot kepada syarikat penyelamat melalui proses bidaan. “Marilah kita berharap agar beberapa ekor 'Burung Phoenix' akan muncul semula daripada api, "kata Mark Upham, ekspatriat Brit yang memiliki tanda dagangan Brough Superior dan pemilik British Only Austria www.vintage motorcycle.com yang bekerja rapat dengan saudara Scheiber kedua-dua kali.
Upham menemani saya ke Muzium dalam lawatan baru-baru ini. Dalam perjalanan kami ke sana dari Lapangan Terbang Innsbruck, beliau menjelaskan tentang proses pembersihan.
“Saya terpaksa bersetuju dengan penilaian insurans untuk semua motosikal yang rosak dalam kebakaran. Secara purata, pengiraan ini mengambil masa kira-kira empat jam setiap motosikal dan jumlah motosikal yang perlu dikira nilai insuransnya ialah sebanyak 360 buah.
Pengiraan ini mengambil agak lama kerana ia perlu proses penyelidikan dan perbincangan dengan syarikat ini untuk menyelesaikan setiap situasi yang boleh diterjemahkan bahawa keadaan itu sangat rumit. Proses penilaian mengambil masa yang agak lama kerana nilai jualan motosikal klasik atau 'rare' sangat jarang atau sukar ditemui. Jadi saya terpaksa mencadangkan anggaran yang munasabah berdasarkan motosikal yang sama unik dan bersejarah. Keadaan menjadi agak tegang pada masa-masa tertentu!” Kandungan muzium sahaja telah diinsuranskan sebanyak €27 juta.
Tetapi apa yang berlaku seterusnya adalah keajaiban. Diinsuranskan sepenuhnya untuk kos pembinaan semula bernilai €12 juta, keluarga Scheiber bertekad untuk membina semula Muzium ini tetapi lebih besar daripada sebelumnya. Mereka juga perlu memenuhkan semula ruang pameran dengan motosikal unik dan mewah.
Caranya? Ada yang mereka akan perolehi sendiri, atau dengan mesin yang dipinjamkan. Adakah pemilik jentera ini boleh dipujuk untuk meminjamkan motosikalnya selepas apa yang berlaku? Jawapannya memang sangat hebat! Lebih 3,000 motosikal telah ditawarkan kepada mereka,” menurut Attila Scheiber.
Bagaimanapun, itu menyebabkan proses pembinaan semula tempat untuk menempatkan jentera-jentera ini masih belum siap. Mereka telah memutuskan untuk memperluaskan muzium kepada 4,500m² (48,500 kaki²) untuk menambah koleksi kepada 530 unit motosikal secara keseluruhan (berbanding 350 sebelum ini) dan proses permohonan kebenaran untuk melakukan ini telah pun berjalan lancar, dengan hasil akhir yang menggalakkan.
Sebuah armada sehingga 30 trak pembancuh konkrit bermula dari laluan mendaki bukit iaitu Obergurgl ke Hochgurgl, dengan kapasiti pekerja seramai 100 orang dan sebagai majikan terbesar di rantau ini, keluarga Scheiber telah membina legasi yang sungguh istimewa.
Segalanya siap seperti yang dirancang dalam tempoh 10 bulan selepas kebakaran itu. Kini ia telah diisi semula sepenuhnya dan Muzium Motosikal Top Mountain telah dibuka semula pada 18 November 2021 – lebih besar, dan lebih baik, berbanding sebelum ini. Sememangnya – koleksinya adalah lebih besar dan pasti lebih bersejarah dan sangat berbaloi untuk dikunjungi.
Namun anehnya, tiada katalog berkenaan dengan muzium ini termasuklah senarai motosikal yang ada di setiap ruang pameran. Ini bermakna anda hanya boleh mendapatkan info berkenaan motosikal melalui maklumat minimum diletakkan plak logam di hadapan setiap motosikal.
Sebagai tambahan kepada 530 motosikal dari tahun 1885 hingga kini dan pameran khas, Muzium menawarkan satu lagi sorotan yang ditujukan terutamanya kepada pengunjung yang lebih muda. Model KTM telah menjadi penyokong utama Top Muzium Gunung sejak ia diasaskan, dan selain mempamerkan rangkaian 24 buah unit yang dipinjamkan daripadanya Muzium Motohall di Mattighofen, termasuk jentera lumba MotoGP RC16.
Dari sudut multimedia pula, terdapat pawagam 4D, teknologi simulasi yang menunjukkan cara enjin dua dan empat lejang berfungsi, dan banyak bunyi enjin di beberapa stesen diedarkan ke seluruh kawasan pameran. Ia bertujuan untuk membolehkan pengunjung 'menikmati' daya tarikan ketika menunggang motosikal dengan semua deria anda.
Menerusi ruang “Sound of Motorbikes”para pelawat boleh mengambil tempat duduk di atas jentera simulasi dan mengalami pengalaman sensasi menunggang bagaikan motosikal sebenar lengkap dengan semua getaran, bunyi dan aksi dinamiknya. Dan ya - ia menyeronokkan.
Tetapi aset utama Muzium Top Mountain yang dilahirkan semula adalah kemunculan semula pelbagai jenis motosikal penting yang datangnya dari seluruh dunia. Terima kasih kepada keghairahan, minat dan kesungguhan pasangan saudara Scheiber yang berjaya menghidupkan semula paparan untuk kita semua kagumi. Lebih besar, dan pasti lebih baik.
Layari www.crosspoint.tirol untuk maklumat lebih lanjut, waktu operasi dan harga tiket. RR
Laporan:Alan Cathcart
Kredit Foto: Kel Edge & Alexander Maria Lohmann
Popular