Honda RS-X Terima Warna Baru
Boon Siew Honda (BSH) dengan bangganya mengumumkan ketibaan warna baru untuk model Honda RS-X 2024 iaitu Mat Ion Blue Metallic.
Honda RS-X dengan warna baru ini tersedia di semua pengedar Honda yang sah dan terpilih di seluruh negara bermula 22hb Februari 2024. Model ini ditawarkan pada harga bilik pameran yang disyorkan RM9,798 (tanpa cukai jalan, insurans & pendaftaran). Setiap pembelian jentera ini, pihak BSH menawarkan jaminan waranti selama dua tahun atau 20,000 kilometer (yang mana terdahulu).
Jentera ini hadir dengan enjin berkuasa 150cc, DOHC, silinder tunggal dengan sistem penyejuk cecair. Enjin yang mematuhi piawaian standard EURO 4 ini mampu menghasilkan kuasa maksimum 11.8kW pada 9,000rpm dan tork 13.6Nm pada 7,000rpm. Selain itu, RS-X turut disempurnakan dengan transmisi 6-kelajuan.
Selain menampilkan rekabentuk yang mantap dan sporty, RS-X juga dipadankan dengan ciri teknologi tinggi seperti sistem brek Anti-Kunci (ABS) di roda hadapan bagi meningkatkan lagi keyakinan tunggangan. Antara ciri-ciri lain yang ada seperti paparan meter LCD, lampu-lampu LED, brek-brek cakera, tangki bahan api 4.5 liter dan pembuka pelana untuk kemudahan tambahan buat penunggang.
Untuk maklumat lanjut tentang Honda RS-X, sila kunjungi pengedar sah Honda yang berdekatan atau hubungi nombor talian bebas tol Boon Siew Honda di 1-800-88-3993 ataupun layari http://www.boonsiewhonda.com.my. RR
Popular