Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 12 Februari 2024

Kereta guna SmartLane kena ketuk....

PETALING JAYA – Satu klip video yang memaparkan seorang penunggang motosikal merosakkan cermin sisi sebuah kereta tular di media sosial.

Menerusi hantaran Akhi Ismile di Facebook, cermin sisi keretanya ditujal ketika menggunakan laluan Smartlane ketika berhampiran persimpangan Sungai Buaya, Hulu Selangor, semalam.

“Di laluan SmartLane pun kena tendang side mirror. Tepi highway selang 500 meter (m) ada signboard SmartLane,” tulisnya.

Dalam hantaran sama, dia turut berkongsi kerosakan cermin sisi keretanya akibat perbuatan penunggang motosikal terbabit.

Berikutan dengan sikap penunggang tersebut, orang ramai mengecam dan berharap pelaku dapat diambil tindakan dengan segera.

“Rider tak cakna pasal SmartLane la tu. benda dah “halal” guna pun masih ingat “haram” kereta guna,” komen Mohd Saifullah.

“Report polis lah, tengok samseng mcm mana,” kata Mohamad Amirul Jais.

“Majoriti tak tahu kewujudan SmartLane, duduk dalam gua mungkin. Bertabahlah owner, nombor plat dah dapat. Harap ada tindakan pihak berkuasa,” ujar Akmal Dahlan.

Plus Malaysia Berhad (Plus) telah mengaktifkan 14 laluan SmartLane di lokasi-lokasi kritikal bagi membantu menyuraikan trafik yang dijangka meningkat hingga lebih dua juta kenderaan berikutan musim cuti sekolah dan sambutan Tahun Baharu Cina baru-baru ini.

Pembukan SmartLane dilaksanakan pada masa dan tarikh-tarikh yang ditetapkan bagi membolehkan plus menambah kapasiti lorong di laluan-laluan terbabit untuk melancarkan pergerakan trafik. RR

sumber: https://www.kosmo.com.my/

Popular

  • Model Baru

    Sah! SYM TTLBT Masuk Pasaran Negara Hujung 2025 atau Awal 2026 - Harga Anggaran RM50K

  • Model Baru

    SYM ADXTG 400 Masuk Malaysia Mei Ini - Harga Bawah RM30K

  • Warta Roda

    Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

  • Dari Litar

    CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

  • Warta Produk

    LS2 Perkenalkan Tiga Model Helmet Terbaru

Artikel berkaitan

Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

Kementerian Kerja Raya (KKR) Bangunkan Kemudahan Asas Lebih Selamat Buat Penunggang Motosikal

Mforce Bike Holdings Rancang Untuk Anjurkan MFORCE MOTORSHOW 2026

Motosikal dihanyut banjir. Mujur mangsa selamat.

MODENAS Elegan EX 'Facelift': Gaya & Ciri Dipertingkatkan. Harga asas RM17,780

Honda Vario 160 Terima Tiga Warna Baru - Bermula RM10,198

Insiden Putra Heights: MOT Sumbang 55 Unit Yamaha Ego Avantis Kepada Mangsa Terjejas

Kerjasama Ducati dan Lamborghini diteruskan lagi dengan penampilan model baru esok!

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Sah! SYM TTLBT Masuk Pasaran Negara Hujung 2025 atau Awal 2026 - Harga Anggaran RM50K

SYM TTLBT 508 bakal menemui para peminat skuter 'Sport Touring' pada hujung 2025 atau awal 2026.

Warta Roda

MODENAS Elegan EX 'Facelift': Gaya & Ciri Dipertingkatkan. Harga asas RM17,780

MODENAS melancarkan skuter maksi Modenas Elegan EX facelift yang tampil dengan rekaan estetik serta ciri-ciri moden terkini.

Warta Roda

Insiden Putra Heights: MOT Sumbang 55 Unit Yamaha Ego Avantis Kepada Mangsa Terjejas

MOT telah menyumbang sebanyak 55 unit motosikal jenama Yamaha Ego Avantiz kepada penduduk terjejas dalam insiden letupan paip gas.

Warta Roda

Majlis Penyerahan Triumph Tiger Sport 800 Kepada Para Pembeli Terawal

Triumph Motorcycle Malaysia menyerahkan Triumph Tiger Sport 800 (2025) kepada para pembeli terawal.