Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 6 Februari 2024

MotoPlex Sungai Buloh Dibuka Secara Rasmi

Didi Group dengan bangganya telah merasmikan pembukaan MotoPlex Sungai Buloh yang merupakan bilik pameran keempat menempatkan jenama-jenama premium di bawah satu kumpulan iaitu Piaggio, Vespa, Aprilia dan Moto Guzzi. MotoPlex Sungai Buloh merupakan sebuah kedai berkonsepkan dinamik yang membawakan rangkaian produk komprehensif dan pusat khidmat pelanggan sebagai destinasi buat peminat kenderaan dua roda.

MotoPlex Sungai Buloh diuruskan oleh Welly Sungai Buloh Sdn Bhd yang dilantik oleh Didi Group, merupakan pengedar rasmi Piaggio, Vespa, Aprilia dan Moto Guzzi di Malaysia. Bilik pameran ini mempunyai ruang seluas 3,400 kaki persegi, dibahagikan kepada dua iaitu ruang pameran (2,200 kaki persegi) dan pusat servis (1,200 kaki persegi). Pusat servis ini dilengkapi dengan peralatan diagnostik canggih yang dikendalikan oleh juruteknik dan mekanik motosikal berpengalaman.

"MotoPlex merupakan rumah bagi jenama ikonik Piaggio bagi menghimpunkan empat jenama motosikal dari Itali itu di bawah satu bumbung. Oleh itu, kami dapat menawarkan rangkaian produk yang lebih luas buat bakal pelanggan. Kami juga amat berbesar hati menganjurkan Meet & Greet bersama para pelumba pasukan Aprilia Racing Team, Aleix Espargaro, Maverick Vinales dan Lorenzo Savodari sempena sesi ujian rasmi MotoGP Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang," kata En. Goh Kian Sin, Pengarah Urusan, Didi Group.

"Kami amat berbesar hati dapat mempamerkan empat jenama premium dari Piaggio di MotoPlex Sungai Buloh. Kedai ini membawa pengalaman bermotosikal yang menarik serta memperkayakan dengan keaslian dari Itali. Kami komited untuk memberikan layanan istimewa buat para pelanggan dan penunggang dengan penuh bersemangat dan dedikasi di bawah kedai berkonsepkan 3,400 kaki persegi yang lengkap dengan kawasan perkhidmatan yang dikawal oleh para juruteknik berkemahiran tinggi. Kami bukan hanya membuat kenderaan, kami mengubah cara orang bergerak," kata En. Ngo Yoke Kwang, Pengarah Welly Sungai Buloh.

Kedai ini merupakan tempat paling inovatif buat industri dua roda yang membolehkan pengimport dan pengendar memanfaatkan produk mereka dalam satu cawangan. Para pelanggan juga dapat menikmati perkhidmatan, aksesori, alat ganti dan barangan gaya hidup dari empat jenama premium tersebut.

MotoPlex Sungai Buloh beralamat di 4, Jalan BRP 1/6, Bukit Rahman Putra, 47000 Sungai Buloh, Selangor. Ia dibuka pada setiap hari pada jam 9AM - 7PM manakala Ahad 9.00AM-4:30PM. RR

Isu Pada

Mac 2024

Popular

  • Dari Litar

    Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Artikel berkaitan

Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

Formica Rossa 15o (FR150) bakal menyertai saingan Kejuaraan Malaysia CubPrix dan Asia Road Racing Championship (ARRC) pada tahun 2025.

Warta Roda

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) sehingga kini telah pun menyerahkan sejumlah 1,092 unit motosikal elektrik iaitu MEV-1 Pro khusus kegunaan pihak Pos Malaysia Berhad.

Model Baru

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

Aprilia kini memperkenalkan pula model jalanan paling baru iaitu Tuono 457.

Dari Litar

Francesco Bagnaia Tawan GP Thailand Dalam Hujan

Francesco Bagnaia (pecco) membuktikan keupayaannya apabila menjuarai GP Thailand dalam keadaan cuaca dan litar yang sangat sukar.