Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 5 Februari 2024

Anggota Polis Parah Dilanggar Kereta Suspek

Ipoh: Seorang anggota polis cedera parah akibat dipercayai sengaja dirempuh sebuah kereta dalam kejadian langgar lari di Jalan Tanjung Rambutan-Chemor, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, kejadian yang berlaku pada jam 7.30 malam itu telah mengakibatkan mangsa berumur 34 tahun mengalami patah tulang rusuk dan tulang bahu.

Kredit foto: Saluran telegram Info/Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia.
Kredit foto: Saluran telegram Info/Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia.

Mohd Yusri berkata, kejadian berlaku ketika mangsa bersama seorang lagi anggota polis sedang bertugas melakukan rondaan cegah jenayah bermotosikal sebelum menghampiri sebuah kereta jenis Proton Iriz berwarna Biru di tepi jalan yang dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, pemandu Proton Iriz berkenaan kemudiannya bertindak mengundurkan kenderaan itu menyebabkan ia terus melanggar motosikal sehingga mangsa terjatuh.

Selepas melanggar mangsa, suspek menggerakkan kereta itu ke hadapan sebelum sekali lagi mengundurkan kenderaan itu hingga melanggar mangsa buat kali kedua dan terus meninggalkan tempat kejadian.

Kredit foto: Saluran telegram Info/Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia.
Kredit foto: Saluran telegram Info/Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia.

"Suspek memecut kereta meninggalkan tempat kejadian dengan menghala ke arah Tanah Hitam (Chemor). Impak pelanggaran itu mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan hingga tidak dapat bergerak, sebelum pemeriksaan di hospital mendapati mangsa mengalami patah tulang rusuk dan tulang bahu," katanya dalam kenyataan tengah malam ini.

Mohd Yusri berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan cedera parah dengan niat membunuh.

Katanya, susulan itu usaha mengesan pemandu tersebut giat dijalankan dengan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta berhubung dengan Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, Asisten Superintendan (ASP) Norazlina Rais Ahmad di talian 013-6282176 atau kepada balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. RR

sumber: https://www.hmetro.com.my

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Hong Leong Yamaha Motor Rasmikan Space Y, Muzium Motosikal Pertama di Malaysia

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Kejuaraan MotoGP 2024 telah berakhir selepas 20 pusingan dan 40 perlumbaan di beberapa buah negara seluruh dunia. Pada masa yang sama, hubungan perniagaan di antara dua syarikat ikonik dalam dunia MotoGP juga sudah sampai di penghujungnya.

Dari Litar

Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

Tahun 2024 juga menyaksikan rekod baru jumlah kehadiran penonton sepanjang musim ini mencecah 3,033,255 orang. Ia adalah pencapaian terbaik setakat ini sejak 75 tahun penganjuran MotoGP.

Model Baru

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Model baru ini menyasarkan para peminat dua roda muda yang mementingkan gaya retro dengan spesifikasi moden.

Warta Roda

KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024

Penganjuran KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024 yang dianjurkan semperna Hari Malaysia pada (15/9 - 16/9) lalu telah terlaksana dengan jayanya.