Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 3 Februari 2024

Ajen Penarik Kenderaan Ditangkap sebagai Dalang Curi Motosikal

(Gambar hiasan.)

Ejen penarik kenderaan disyaki dalang Geng Alim yang giat mencuri motosikal ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, lelaki berusia 24 tahun yang ditahan itu menyasarkan motosikal yang mempunyai tunggakan bayaran dengan pihak bank. Katanya, suspek mengambil kesempatan mencuri kenderaan terbabit dengan cara merampasnya atas alasan mangsa mempunyai tunggakan bayaran, "Suspek ini memang bekerja dengan bank, dia ada surat daripada bank tetapi selepas motosikal ditarik, suspek tidak serahkan motosikal itu kepada pihak bank."

Ahmad Sukarno berkata, suspek dipercayai bergiat aktif sejak Ogos tahun lalu. Motosikal yang dicuri berdasarkan permintaan daripada pembeli yang kebanyakannya terdiri daripada model Yamaha dan Honda. Motosikal yang dicuri akan kemudiannya dileraikan di rumahnya dan komponen-komponen tersebut dijual semula sebagai alat ganti. "Kesemua motosikal dileraikan dan komponen akan dijual, kemudian rangka motosikal akan dibuang ke dalam semak atau di kawasan yang jarang dilalui orang ramai," katanya.

Ahmad Sukarno berkata, tangkapan itu menyelesaikan sekurang-kurangnya 14 kes curi motosikal di ibu negara dan satu kes di Selangor. Polis masih memburu dua lagi suspek yang disyaki membeli dan menjual semula alat ganti curi berkenaan daripada sindiket terbabit.

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Hong Leong Yamaha Motor Rasmikan Space Y, Muzium Motosikal Pertama di Malaysia

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Seorang peniaga maut selepas motosikal ditunggang terlibat kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Tengku Mizan, di sini pada Selasa.

Dari Litar

Francesco Bagnaia Tawan GP Thailand Dalam Hujan

Francesco Bagnaia (pecco) membuktikan keupayaannya apabila menjuarai GP Thailand dalam keadaan cuaca dan litar yang sangat sukar.

Berita Kelab

KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024

Penganjuran KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024 yang dianjurkan semperna Hari Malaysia pada (15/9 - 16/9) lalu telah terlaksana dengan jayanya.

Yamaha R9 - Generasi Terbaru Supersport

Untuk tahun 2025, Yamaha memperkenalkan model Supersport terbaru, R9 yang menawarkan prestasi cukup mantap dan teknologi canggih Siri R. Model ini direka berasaskan jentera perlumbaan sebenar.