Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 3 Februari 2024

19 Helmet termasuk Sebuah yang Harga RM11,000 Dilarikan

(Gambar sekadar hiasan.)

Seorang peniaga dalam talian mengalami kerugian RM63,200 apabila topi keledar untuk jualan dicuri daripada kediamannya di Puchong, Isnin lalu. Peniaga terbabit, Tuan Mohd Firdaus Tuan Husin, 30, berkata, dia menyedari kehilangan semua topi keledar jualan selepas pulang dari membaiki kereta pada 4 petang.

"Saya keluar dari rumah pada 2 petang, namun selepas pulang saya mendapati semua topi keledar untuk jualan hilang dan bilik dalam keadaan berselerak. Sebanyak 19 topi keledar pelbagai jenama yang dijual dari harga RM3,800 hingga RM11,000 hilang dalam tempoh dua jam ketika saya keluar dari rumah," katanya ketika dihubungi oleh Metro.my.

Menurutnya, antara jenama yang hilang ialah Shoei J-Force 2 warna hitam yang berharga RM11,000.

Beliau sering membuat siaran langsung di Tik Tok dengan akaun eppyfirduas. Katanya, "Saya mohon jika ada mana-mana individu yang menjual topi keledar dengan harga murah atau mencurigakan supaya dapat menghubungi saya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komiosioner A A Anbalagan berkata, pihaknya ada menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

"Siasatan mendapati kejadian berlaku di bilik sewa sebuah rumah teres dua tingkat. Bilik mangsa terletak bahagian belakang di tingkat atas rumah terbabit. Suspek disyaki masuk ke rumah mangsa melalui pintu pagar hadapan di mana pintu pagar ditinggalkan dalam keadaan bertutup tetapi tidak berkunci. Suspek juga disyaki masuk melalui tingkap belakang bilik pengadu," katanya.

Siasatan lanjut bagi mengesan suspek sedang giat dijalankan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Popular

  • Dari Litar

    Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Artikel berkaitan

Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Disyorkan untuk anda
Model Baru

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Model baru ini menyasarkan para peminat dua roda muda yang mementingkan gaya retro dengan spesifikasi moden.

EICMA 2024: Skuter Adventure Maksi Pertama Dari KYMCO!

Kymco memperkenalkan skuter pengembaraan maxi pertamanya di EICMA.

Model Baru

Scrambler Ducati Edisi 10° Anniversario Rizoma

Bersempena dengan ulang tahun ke-10 jentera Scrambler, Ducati telah berkolaborasi dengan pengeluar aksesori motosikal Rizoma untuk memperkenalkan Scrambler Ducati 10° Anniversario Rizoma Edition.

Warta Roda

Lebih 100 Buah Motosikal Terbakar Di Depoh Simpanan DBKL

Sebanyak 130 buah motosikal yang diletakkan di depoh penyimpanan kenderaan tersadai milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Taman Connaught telah terbakar.