Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 30 Januari 2024

Warna & Grafik Baru Untuk Kawasaki Z900 ABS, Kawasaki Z900 SE dan Modenas ZX25-R SE

Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS), anak syarikat milik penuh Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS), telah memperkenalkan warna dan grafik baharu untuk Kawasaki Z900 ABS, Kawasaki Z900 SE, dan Modenas ZX25R SE untuk terus mengembangkan rangkaian pilihan yang tersedia untuk penunggang di pasaran Malaysia.

Kawasaki Z900 SE.
Kawasaki Z900 SE.

Model Z900 dan Z900 SE menawarkan mod tunggangan dan sistem KTRC tiga variasi yang memberikan pengalaman menunggang komprehensif. Untuk semua model Z900, ia turut dilengkapkan dengan sistem Assist & Slipper Clutch yang dipadankan dengan sistem saspensi belakang jenis mendatar, inspirasikan dari jentera Kawasaki WorldSBK.

Kawasaki Z900 SE.
Kawasaki Z900 SE.
Kawasaki Z900 ABS.
Kawasaki Z900 ABS.

Z900 SE turut didatangkan dengan fork jenis terbalik berwarna keemasan, penyerap hentak belakang Ohlins S46 dengan pelarasan pra-beban. Z900 baru ini disempurnakan dengan kombinasi kemas kini Metallic Spark Black/Metallic Matte Dark Grey, warna popular Ebony/Metallic Matte Graphenesteel Gray serta pilihan warna terbaru iaitu Candy Persimmon Red/Ebony.

Memperkenalkan warna istimewa, Metallic Spark Black/Metallic Matte Graphenesteel Gray/Candy Lime Green yang dipadankan dengan kerangka berwarna Hijau untuk model Z900 SE. Harga untuk Z900 ABS ialah RM44,900 manakala harga untuk Z900 SE ialah RM55,900.

Modenas ZX25-R SE.
Modenas ZX25-R SE.

Modenas Ninja ZX25-R SE juga ditawarkan dengan warna baru iaitu Metallic Phantom Silver X Ebony (Stormcloud Blue). Skim warna dua tona ini tampak lebih elegan dengan pemilihan warna hitam untuk kerangka, cermin sisi, rim aloi, pelana, bar hendal dan pelindung ekzos yang memberikan kontras cukup anggun.

Namun begitu, warna ZX-25R Lime Green/Ebony masih kekal dalam pasaran kecuali warna Metallic Matte Graphenesteel Grey/Ebony sahaja yang diganti baru.

Waran baru Metallic Phantom Silver X Ebony 'Stormcloud Blue'.
Waran baru Metallic Phantom Silver X Ebony 'Stormcloud Blue'.

Warna Matte Silver menghiasi rekabentuk fairing, tulisan 'ZX-25R' warna putih pelekat dan corak berwarna menyerlahkan Ninja ikonik ini. Model baru ini ditawarkan pada harga RM33,900 dan akan dipamerkan di bilik pameran pihak pengedar bermula penghujung Februari 2024. RR

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Hong Leong Yamaha Motor Rasmikan Space Y, Muzium Motosikal Pertama di Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) turut meraikan pencapaian bersejarah itu dengan menampilkan model edisi terhad iaitu Yamaha Y16ZR 6MRO.

Model Baru

EICMA 2024: Fantic Caballero 700 Edisi Khas - Deluxe & Travel

EICMA, Fantic Caballero 700 baru telah diiperkenalkan dalam dua edisi khas iaitu Deluxe dan Travel.

Warta Roda

Ops Khas Motosikal Hari-4, Lebih 11,000 Saman Sudah Dikeluarkan

Baru empat hari Ops Khas Motosikal diadakan di seluruh negara, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengeluarkan 11,435 saman atas pelbagai kesalahan kepada pengguna motosikal.

Dari Litar

Qabil Irfan Raih Podium Di Sepanyol

Qabil Irfan menunjukkan prestasi cemerlang di Spanish Superbike Championship Moto4 Round 6 yang berlangsung di Litar Navara, Sepanyol.