Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 29 Januari 2024

2024 - Tahun untuk Motosikal Di Dalam Filem Wayang

Kami ada ramai kenalan yang bukan sahaja menggemari motosikal tetapi juga gaya hidup motosikal. Antara aktivi yang mereka gemari ialah menonton filem dan wayang di mana motosikal turut memainkan peranan watak dalam filem-filem tersebut. Filem-filem lama seperti The Great Escape, Easy Rider serta wayang yang agak baharu seperti Harley-Davidson and The Marlboro ManSpeed 2: Cruise Control, Terminator 2, Fled, Biker Boyz, Wild Hogs, Matrix: Reloaded, francais Mission: Impossible serta dokumentari Why We Ride juga berada di dalam koleksi mereka. Kesemua filem ini dikeluarkan pada tahun-tahun yang lain, tetapi kami ada berita baik kerana akan terdapat banyak filem yang ada motosikal akan dilancarkan pada 2024.

  1. Jackdraw membuka tirai 2024 pada 26 Januari. Ceritanya berkisar tentang Jack Dawson yang merupakan seorang veteran askar dan juara motocross.
  2. Ia diikuti oleh sebuah filem aksi-komedi Argylle. Ia dibintangi oleh pelakon-pelakon terkenal seperti Heny Cavill (Superman, The Witcher), Sam Rockwell (bintang lagenda), Sameul L. Jackson (siapa yang tak kenal dia???), Bryan Cranston (Breaking Bad), dan penyanyi pop Dua Lipa. Ia diarah oleh Matthew Vaughn (Kick-Ass, Kingsmen). Motosikal yang akan digunakan di dalam filem ini dikatakan sebagai sebuah MV Agusta.
  3. Furiosa: A Mad Max Saga. Ceritanya berkisar mengenai asal-usul Furiosa. Wataknya dipegang oleh Anya-Taylor Joy (Queen's Gambit) bersama Chris Hemsworth (Thor) kali ini. Pembuat filem ini berkata mereka akan menggunakan lebih banyak motosikal untuk aksi ngeri kali ini. Ia akan dilancarkan pada bulan Mei.
  4. Bikeriders, sebuah filem mengenai sebuah geng motosikal dongeng di abad ke-60an di bandar Chicago. Ia dibintangi oleh Austin (Elvis) Butler dan Tom Hardy (yang juga penggemar motosikal secara peribadi). Semua akti menunggang motosikal di dalam filem ini dibuat oleh pelakon sendiri. Para pengkritik berkata ia merupakan filem gaya hidup motosikal yang terbaik setakat ini.
  5. Bahagian ketiga untuk anti-hero, Deadpool 3, akan dilancarkan pada bulan Julai. Bintang utama, Ryan Reynolds merupakan seorang penggemar tegar kepada motosikal dan kita dapat melihat motosikal Ducati Panigale di dalam bahagian satu. Deadpool akan berganding dengan Wolverine yang dilakonkan oleh Hugh Jackman. Mereka dilihat menunggang motosikal Triumph Scrambler.
  6. Malangnya bahagian kedua untuk Mission: Impossible Dead Reckoning hanya akan ditayangkan pada Febuari tahun depan. Tom Cruise yang sering beraksi ngeri di dalam francais ini akan melompat sebuah motosikal motocross di pergunungan Norway.

Filem yang mana satu yang anda gemar?

Popular

  • Model Baru

    Sah! SYM TTLBT Masuk Pasaran Negara Hujung 2025 atau Awal 2026 - Harga Anggaran RM50K

  • Model Baru

    SYM ADXTG 400 Masuk Malaysia Mei Ini - Harga Bawah RM30K

  • Warta Roda

    Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

  • Dari Litar

    CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

  • Warta Produk

    LS2 Perkenalkan Tiga Model Helmet Terbaru

Artikel berkaitan

Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

Kementerian Kerja Raya (KKR) Bangunkan Kemudahan Asas Lebih Selamat Buat Penunggang Motosikal

Mforce Bike Holdings Rancang Untuk Anjurkan MFORCE MOTORSHOW 2026

Motosikal dihanyut banjir. Mujur mangsa selamat.

MODENAS Elegan EX 'Facelift': Gaya & Ciri Dipertingkatkan. Harga asas RM17,780

Honda Vario 160 Terima Tiga Warna Baru - Bermula RM10,198

Insiden Putra Heights: MOT Sumbang 55 Unit Yamaha Ego Avantis Kepada Mangsa Terjejas

Kerjasama Ducati dan Lamborghini diteruskan lagi dengan penampilan model baru esok!

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

MotoGP 2025 (Qatar): Minggu Sempurna Buat Marc Marquez!

Sejak di sesi latihan bebas, jentera bernombor '93' sentiasa mendapatkan rentak yang luar biasa, catatan masa terpantas, diikuti dengan kedudukan petak pertama, menang perlumbaan Sprint Test dan mengakhiri GP Qatar juga sebagai Sang Juara.

Warta Roda

Warna Baru Untuk Yamaha Y15ZR Special Edition

Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) hari ini memperkenalkan Yamaha Y15ZR Edisi Istimewa (SE) yang hadir dengan warna Bronze Fury serba baru. Model SE i ni ditawarkan pada harga (cadangan) RM9,498 (tidak termasuk yuran pendaftaran dan insurans).

Warta Roda

Kebakaran Saluran Gas: Kenderaan Cair, Akuarium Menggelegak....

Akuarium menggelegak, kereta dan motosikal cair akibat bahang panas melampau susulan kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya beberapa hari lalu yang diibaratkan sangat menakutkan, ibarat mimpi buruk kepada penduduk terlibat.

Model Baru

Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

Didi Group selaku pengedar jenama ikonik di Malaysia, Vespa telah melancarkan model terbaru iaitu GTS 300 Classic untuk pasaran tempatan.