Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 24 Januari 2024

Tunggang Uji Pelbagai Jenama – SUZUKI Turut Tawar Model V-Strom 800DE & GSX-8S

Baru-baru ini terdapat satu sesi tunggang uji pelbagai jenama di Kev Advenduro Park, Gamuda Garden, Rawang. Acara yang dijalankan selama sehari ini berlangsung pada 20hb Januari 2024 bermula jam 8.00 pagi sehingga 5.00pm.

Menerusi program ini, para pengunjung dan pecinta dua roda yang hadir berpeluang untuk merasai dan menunggang pelbagai jenama motosikal terkini di pasaran dalam satu tempat yang sama.

Acara tunggang uji pelbagai jenama ini merupakan anjuran bersama En. Kevin merupakan seorang pengajar DRE dan motosikal dengan kerjasama bersama lagenda penunggang aksi motosikal, Gabit Saleh.

Oleh itu, Suzuki Malaysia juga tidak ketinggalan untuk turut serta menyertai penganjuran ini dengan kerjasama bersama Kedai Motosikal Mok. Para peminat jenama Suzuki berpeluang untuk mencuba sebuah model naked yang cukup garang sekali iaitu GSX-8S. Manakala bagi pengemar motosikal adventure terdapat sebuah unit V-Strom 800DE yang boleh ditunggang uji.

Sedikit info tentang Suzuki GSX-8S dan V-Strom 800DE. Kedua-dua jentera ini menggunakan enjin bersesaran 776cc, dua silinder, 4-lejang, DOHC dengan sistem penyejuk cecair. Antara ciri-ciri lain seperti:

  • Lampu-lampu LED
  • Paparan meter digital
  • Tangki bahan api 20 liter (V-Strom 800DE) & 14 liter (GSX-8S)
  • Berat 230kg (V-Strom 800DE) & 202kg (GSX-8S)
  • Transmisi 6-kelajuan
  • Pilihan warna: V-Strom 800DE (Champion Yellow No.2, Glass Mat Mechanical Gray, Glass Sparkle Black) & GSX-8S (Pearl Cosmic Blue, Pearl Tech White, Metallic Mat Black No.2/Glass Sparkle Black)

Untuk sesi tunggang uji ini, para peserta perlu melalui ujian di atas jalan dan luar jalan (untuk jentera adventure). Laluan offroad sudah pasti sedikit mencabar di mana peserta mengharungi jalan yang tidak rata, sedikit berlumpur dan kawasan berbukit.

Bagi ujian di atas jalan pula menawarkan peluang buat peserta merasakan ketangkasan sesebuah jentera menyusuri laluan-laluan berselekoh dan jalan lurus.

Pada hari yang sama, para peserta yang menyertai tunggang uji boleh mendapatkan baucar makanan bernilai RM20 yang boleh di tebus di Restoran terpilih sekitar Gamuda Gardens Waterfront Village. Sebelum proses penebusan para peserta perlu mendaftar dahulu dengan Relationship Associates (RA) di Experience Gallery yang terletak 100 meter dari tapak acara.

Penganjuran ini merupakan acara bulanan yang diadakan setiap bulan. Para peserta, pengunjung ataupun bakal pembeli boleh mencuba pelbagai motosikal dan membuat perbandingan dalam satu hari. Walaupun ini merupakan penganjuran pertama, kehadiran para peserta mendapat sambutan yang menggalakkan.

Selain pihak Suzuki terdapat lagi beberapa pengeluar dan pengedar motosikal yang turut mengambil bahagian seperti Ducati, Motosikal Elektrik (EV) Wira Mobility dan Welly Sungai Buloh. RR

Isu Pada

Mac 2024

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Hong Leong Yamaha Motor Rasmikan Space Y, Muzium Motosikal Pertama di Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

EICMA 2024: Nikmati Dunia Pengembaraan Dengan Voge Valico 800DS Rally

Voge menggunakan pentas global iaitu EICMA untuk melancarkan model kembara terbarunya iaitu Valico 800DS. Ia adalah sebuah jentera yang memberi cabaran dalam segmen Kembara/Adventure

Dari Litar

Francesco Bagnaia Tawan GP Thailand Dalam Hujan

Francesco Bagnaia (pecco) membuktikan keupayaannya apabila menjuarai GP Thailand dalam keadaan cuaca dan litar yang sangat sukar.

Warta Roda

SUZUKI GSX-S1000GX Tiba Di Pengedar Sah Suzuki. Harga asas, RM89,900

Akhirnya model kembara, GSX-S1000GX sudah pun tiba di pengedar rasmi Suzuki dengan harga jualan rasmi RM89,900.

Model Baru

Honda CB1000 Hornet & CB1000 Hornet SP 2025 Dilancarkan Untuk Pasaran Eropah

Honda Eropah kembali dalam segmen Hypernaked dengan melancarkan model terbaru iaitu Honda CB1000 Hornet 2025.