Wajah Baru Honda Dash 125
Boon Siew Honda Sdn Bhd telah mengumumkan kehadiran terkini model Honda Dash 125 yang dimantapkan dengan warna dan rekacorak terbaru. Rekaan ini menekankan arah terbaru dengan penampilan lebih mengujakan. Gabungan warna metalik dan panel sisi berwarna kelabu keperakan menyerlahkan lagi keanggunan jentera ini dan ia adalah suatu pembaharuan yang sempurna buat para pencinta motosikal yang inginkan imej lebih segar dan lebih unik. Honda ini ternyata cukup sesuai untuk semua golongan penunggang motosikal, tidak kira yang baru atau berpengalaman.
Jentera popular ini disempurnakan dengan enjin 125cc, memiliki hantaran kuasa yang mengagumkan iaitu 7.35kW pada 8,000rpm, tork 9.54Nm pada 6,500rpm dan pada masa yang sama, ia benar-benar jimat petrol. Antara ciri-ciri keselamatan yang dimilikinya ialah lampu utama jenis LED lengkap dengan 'cap' untuk lebih mudah dilihat dan sistem brek jenis cakera yang efisien. Dengan pelana yang hanya setinggi 767mm, model ini turut sesuai digunakan oleh penunggang wanita dan mereka yang baru mengenali dunia dua roda.
Honda Dash 125 didatangkan dalam dua warna terkini iaitu Clipper Yellow dan Candy Scintillate Red manakala warna sedia ada iaitu Pearl Nightfall Blue akan dikemaskinikan untuk meraih lebih ramai peminat. Honda Dash 125 Edisi Repsol pula akan diteruskan dan hanya terdapat dalam versi dual brek cakera.
Berikut adalah harga yang ditawarkan, Dash 125 (brek cakera tunggal) RM 5,999, Dash 125 (sepasang brek cakera) RM 6,299 dan Dash 125 Repsol Edition (sepasang brek cakera) RM 6,499. Harga-harga ini tidak termasuk cukai jalan, insurans, pendaftaran dan setiap pembelian didatangkan dengan waranti kilang untuk 2 tahun atau 20,000km perjalanan (yang mana terdahulu).
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian bebas tol 1-800-88-3993 atau layari www.boonsiewhonda.com.my. RR
Popular