Honda RS-X Hadir Dengan 4 Warna Baru
Boon Siew Honda (BSH) memperkenalkan warna-warna terbaru untuk model popularnya, RS-X. Empat warna terbaru itu terdiri daripada Mat Charcoal Grey Metallic (Gold), Candy Scintillate Red, Force Silver Metallic (Red) dan Force Silver Metallic (Blue).
Honda RS-X berwarna Mat Charcoal Grey Metallic (Gold) boleh didapati di semua pengedar sah Honda di seluruh negara mulai 4 Januari 2024, dengan harga bilik pameran yang disyorkan RM9,848, manakala Candy Scintillate Red, Force Silver Metallic (Red) dan Force Silver Metallic (Blue) boleh didapati mulai 18 Januari 2024 dengan harga bilik pameran yang disyorkan RM9,798, tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran.
Honda RS-X hadir dengan enjin 150cc DOHC, berpiawaian Euro 4 yang memberikan kuasa maksimum 11.8kW pada 9,000 rpm dengan tork 13.6 Nm pada 7,000 rpm. RS-X dipadankan dengan sistem transmisi 6-kelajuan serta sistem Anti-lock Braking (ABS) 1 saluran di roda hadapan yang meningkatkan keyakinan penunggang dalam apa jua keadaan.
Rekabentuk RS-X yang agresif dipadankan dengan lampu-lampu LED menarik dan paparan panel meter yang terang. Dengan keberatan hanya 122kg dan ketinggian 795mm, Honda ini amat mudah untuk dikendalikan atau digerakkan ke depan dan belakang dengan senang oleh penunggang lelaki mahupun wanita.
Untuk maklumat lanjut mengenai Honda RS-X, para pelanggan boleh kunjungi pusat pengedar sah Honda, hubungi nombor Bebas Tol Boon Siew Honda di 1-800-88-3993 atau layari www.boonsiewhonda.com.my. Boon Siew Honda menawarkan jaminan kilang selama 2 tahun atau 20,000km, mana yang terdahulu. RR
Popular