Honda EX5 2020 Baru Hadir Dengan Penampilan Lebih Mantap & Segar
Honda EX5 merupakan antara model paling berjaya dan paling laris pernah berada di pasaran motosikal tanahair. Hampir di setiap tempat tidak kira di kotaraya pesat atau di luar bandar, jentera ini dapat kita lihat digunakan oleh penunggang lelaki atau wanita dan tua atau muda. Ia sesuai untuk semua jenis penunggang. Model ini 'digilai' kerana ia simple, senang ditunggang, selesa, mudah diselenggara, jimat petrol dan amat tahan lasak.
Untuk terus memenangi hati dan jiwa pencinta motosikal di seluruh negara, Boon Siew Honda Sdn Bhd (BSH) telah memperkenalkan jentera lagenda, Honda EX5 serba baru untuk melangkah ke era penuh wawasan. Model yang cukup mantap dan menawan hati ini menawarkan rekaan neo-klasik yang digabungkan dengan rekacorak grafik lebih menarik. Kerangkanya jenis back bone yang cukup tegar membuatkan pengendalian lebih mudah dan lebih tepat.
Model EX5 dikuasakan dengan enjin bersesaran 110cc, silinder tunggal, sistem penyejuk udara yang menawarkan kuasa maksimum 6.37 kW pada 7,500 rpm dan tork 8.62 Nm pada 5,500 rpm. Model ini turut disempurnakan dengan sistem suntikan bahan api (PGM-Fi) yang menghasilkan emisi rendah serta penjimatan bahan api. Untuk tunggangan lebih mudah, jentera Honda ini dilengkapkan dengan penghidup jenis elektrik dan tendang. Model baru ini juga didatangkan dengan tayar hadapan bersaiz 70/90-17M/C dan 80/90-17 M/C (belakang) dan dikawal oleh fork hadapan jenis teleskopik yang cemerlang.
Honda EX5 2020 didatangkan dalam dua varian iaitu roda tetuang (cast wheel) dan roda jejari (spoke wheel) yang ditawarkan dalam beberapa warna pilihan seperti Pearl Nightfall Blue (Biru) dan Pearl Magellanic Black (Hitam). Harga cadangan untuk varian roda tetuang ialah RM5,009 manakala untuk varian roda berjejari pula ialah RM4,783. Kesemua harga tersebut tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran.
Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut, sila berkunjung ke para pengedar BSH yang berhampiran atau layari www.boonsiewhonda.com.my atau hubungi talian bebas tol: 1800-88-3993 (Isnin hingga Jumaat 9am-5pm kecuali cuti umum). RR
Popular