Promosi Aksesori PERCUMA di Royal Alloy Shah Alam!
Riders Empire Sdn Bhd selaku pengedar utama jenama Royal Alloy di Malaysia kini mengadakan promosi istimewa untuk model Tigara Grande atau TG250S yang menawarkan tiga aksesori menarik secara percuma iaitu 'Tail Bag', Skrin Pengadang Angin dan 'White Wall Tyre Cover' yang bernilai sekitar RM1,000.
'Tail Bag' yang ditawarkan ini jenis kulit 'vinyl', bersaiz 35 liter (boleh memuatkan dua buah topi keledar 'jenis separuh) dengan warna-warna menarik seperti Merah, Jingga, Kuning, Kelabu, Coklat, Hitam/Coklat, Cream/Coklat dan Cream/Merah. Beg ini juga disertakan dengan kunci dan pelindung hujan.
Skrin Pengadang Angin pula bukan sahaja menjadikan TG250S tampak lebih 'cool' tetapi juga membantu mengurangkan tamparan angin sewaktu kita memecut laju. Yup..skuter ini memang laju, ketika menunggang ujinya dulu, ia dapat dipecut sehingga 130km/j.
Tayar-tayar (110/70-12 depan / 120/70-12 belakang) yang dipadankan dengan 'White Wall Tyre Cover' menambah ciri-ciri retro pada model ini. Sememangnya tayar dengan gaya sebegini cukup popular pada era 50an dan 60an dulu.
TG250S boleh dimiliki pada harga RM25,860 dan kini hadir bersama tiga aksesori baru yang memang cukup padu. Jangan buang masa... promosi ini sah selagi stok masih ada sahaja! RR
Ciri-ciri menarik Royal Alloy TG250S
- Panel meter TFT
- Sistem ABS
- Isi tangki 10.5 liter
- Kuasa 15.9kW, Tork 21.0Nm
- Port USB
- Lampu-lampu LED
Popular